GADGETS
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Realme diserap semula ke dalam Oppo pada awal Januari, menjadi subjenama seperti OnePlus. -Foto Amanz
REALME telah diserap semula ke dalam Oppo pada awal Januari, menjadikannya subjenama syarikat itu sebagaimana kedudukan OnePlus.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Langkah tersebut merupakan sebahagian penyusunan semula dalaman Oppo bagi menyatukan beberapa jenama di bawah satu ekosistem.
Susulan proses integrasi berkenaan, laporan 91Mobiles memaklumkan bahawa pembuangan pekerja telah bermula dalam operasi Realme di India, melibatkan pasukan jualan, pengurusan dan kakitangan runcit.
Sumber dalaman memaklumkan kakitangan diminta meletak jawatan dengan tempoh peralihan selama satu hingga dua bulan, dan tarikh akhir pekerjaan ialah 30 April 2026.
Realme ditubuhkan pada 2018 sebagai subjenama Oppo sebelum beroperasi sebagai syarikat kendiri pada tahun yang sama.
Pasaran India kekal sebagai penyumbang terbesar kepada jualan Realme sejak penubuhannya, dengan jenama itu berada dalam kedudukan lima teratas di negara berkenaan.
Walaupun berlaku penyusunan semula dan pengurangan kakitangan, sokongan terhadap peranti Realme dijangka diteruskan melalui rangkaian selepas jualan Oppo yang lebih luas.
Namun, beberapa produk baharu mungkin dikurangkan tahun ini berikutan keutamaan pengeluaran diberikan kepada peranti Oppo terlebih dahulu. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Realme diserap semula ke dalam Oppo pada awal Januari, menjadi subjenama seperti OnePlus.
- Langkah ini merupakan sebahagian daripada penyusunan semula dalaman Oppo untuk menyatukan beberapa jenama di bawah satu ekosistem, menyebabkan pembuangan pekerja di Realme India.
- Walaupun integrasi ini berlaku, sokongan terhadap peranti Realme dijangka diteruskan melalui rangkaian selepas jualan Oppo yang lebih luas, namun pengeluaran produk baharu mungkin dikurangkan tahun ini.
Langkah tersebut merupakan sebahagian penyusunan semula dalaman Oppo bagi menyatukan beberapa jenama di bawah satu ekosistem.
Susulan proses integrasi berkenaan, laporan 91Mobiles memaklumkan bahawa pembuangan pekerja telah bermula dalam operasi Realme di India, melibatkan pasukan jualan, pengurusan dan kakitangan runcit.
Sumber dalaman memaklumkan kakitangan diminta meletak jawatan dengan tempoh peralihan selama satu hingga dua bulan, dan tarikh akhir pekerjaan ialah 30 April 2026.
Realme ditubuhkan pada 2018 sebagai subjenama Oppo sebelum beroperasi sebagai syarikat kendiri pada tahun yang sama.
Pasaran India kekal sebagai penyumbang terbesar kepada jualan Realme sejak penubuhannya, dengan jenama itu berada dalam kedudukan lima teratas di negara berkenaan.
Walaupun berlaku penyusunan semula dan pengurangan kakitangan, sokongan terhadap peranti Realme dijangka diteruskan melalui rangkaian selepas jualan Oppo yang lebih luas.
Namun, beberapa produk baharu mungkin dikurangkan tahun ini berikutan keutamaan pengeluaran diberikan kepada peranti Oppo terlebih dahulu. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku kepada Realme pada awal Januari yang menyebabkan ia diserap semula ke dalam Oppo?
A: Realme telah diserap semula ke dalam Oppo pada awal Januari, menjadikannya subjenama syarikat itu sebagaimana kedudukan OnePlus. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Oppo setelah proses penyusunan semula untuk menyatukan beberapa jenama di bawah satu ekosistem?
A: Oppo telah memulakan proses integrasi dengan memulakan pembuangan pekerja dalam operasi Realme di India, termasuk pasukan jualan, pengurusan, dan kakitangan runcit. - Q: Apa tarikh akhir pekerjaan bagi kakitangan Realme yang diminta meletak jawatan akibat proses penyusunan semula?
A: Tarikh akhir pekerjaan bagi kakitangan Realme yang diminta meletak jawatan ialah 30 April 2026, dengan tempoh peralihan selama satu hingga dua bulan. - Q: Bagaimanakah pasaran India mempengaruhi jualan Realme sejak penubuhannya?
A: Pasaran India kekal sebagai penyumbang terbesar kepada jualan Realme sejak penubuhannya, dengan jenama itu berada dalam kedudukan lima teratas di negara tersebut. - Q: Adakah sokongan terhadap peranti Realme akan diteruskan walaupun terdapat penyusunan semula dan pengurangan kakitangan?
A: Ya, sokongan terhadap peranti Realme dijangka diteruskan melalui rangkaian selepas jualan Oppo yang lebih luas, walaupun beberapa produk baharu mungkin dikurangkan tahun ini.