MALAYSIA
Reban ayam futuristik: Ibarat bela si bulus di bandar, tetapi ada pulangan nyata
Reban ayam teknologi tinggi ini membolehkan ayam penelur diternak di kawasan bandar, semua dipantau menggunakan pelbagai sensor moden. -Gambar Astro AWANI
DENGKIL: Penternakan ayam tidak lagi terbatas di desa, sebaliknya boleh diusahakan penduduk kota termasuk mereka menetap di kediaman kondominium.
Demikian inovasi reban teknologi tinggi oleh KEREBAN, membolehkan ayam penelur jenis Lohmann Brown diternak tanpa pengawasan, semuanya dikawal melalui jarak jauh.
“Reban pintar ini era baharu sektor penternakan, umpama memelihara haiwan peliharaan seperti si bulus tetapi dengan pulangan nyata, iaitu bekalan telur segar setiap hari,” kata Pengurus dan Pengasas KEREBAN, Ashraf Asmadi.
Kawalan pintar melalui telefon
Menerusi teknologi Internet Kebendaan (IoT), pemilik boleh mengawal segenap operasi melalui telefon pintar, reban dilengkapi papan sesentuh digital, automasi air minuman serta fungsi pemantauan kamera litar tertutup (CCTV).
“Kalau kita perlu keluar kawasan atau balik kampung, semua boleh dikawal dengan telefon sahaja. Malah sistem air automatik, hanya perlu pasang plug dan sambung soket paip di belakang. Saluran air minuman ayam akan tertutup sendiri apabila penuh,” jelas Ashraf.
Kawalan bau dan aspek kebersihan
Masalah bau tidak menyenangkan turut ditangani menerusi penggunaan semburan automatik Effective Microorganism (EM) yang membantu mengurai najis ayam dan elemen serai wangi.
Selain itu, tiga lapisan di lantai iaitu pasir, sekam padi bakar dan sekam padi mentah membantu menyerap gas ammonia serta mengurangkan bau lalat, malah proses penyelenggaraan reban juga mudah.
“Untuk lima ekor ayam, lapisan sekam hanya perlu ditambah apabila najis banyak. Kalau nak cuci pun, cukup antara tiga hingga enam bulan sekali.
"Prosesnya mudah, hanya gulung lapisan pasir lama dan ganti baharu, tanpa perlu mop atau buat kerja berat,” kata Ashraf.
Kitaran produktiviti ayam
Menurut Ashraf, setiap ekor ayam Lohmann Brown mampu menghasilkan 350 hingga 360 biji telur setahun, dengan jangka hayat produktif sekitar dua tahun lima bulan, pemilik dijamin bekalan telur harian yang konsisten.
“Selepas tempoh itu, ayam tidak mati, sebaliknya dianggap ‘ayam pencen’. Tetapi sepanjang tempoh produktif, ia memberikan hasil yang berbaloi dengan pelaburan,” jelas beliau.
Dengan kos serendah RM12,000, pemilik boleh menikmati bekalan telur berterusan untuk tempoh lebih dua tahun.
“Konsep kami mudah, penternakan ayam moden yang mesra pengguna, sesuai untuk gaya hidup bandar dan serasi dengan teknologi hari ini,” ujarnya.