Kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj di Semenanjung dan penurunan purata kadar tarif elektrik sebanyak 1.20 sen2kWj di Sabah dan Labuan.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata pengekalan rebat tersebut akan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2016.
Jelasnya, menerusi pengekalan rebat itu, tiada sebarang perubahan dalam kadar tarif elektrik yang dikenakan ke atas pengguna-pengguna elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bagi tempoh tersebut.
"Bagi Semenanjung, rebat 1.52 sen/kWj melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM758.03 juta yang diperoleh menerusi semakan tarif dibawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2016.
"Antara faktor yang menyumbang kepada pemberian rebat ini ialah penurunan harga LNG dan arang batu pasaran dunia serta peningkatan kecekapan loji-loji janakuasa arang batu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ujar beliau lagi, semakan tarif kali ini turut mengambil kira semakan semula harga gas berpaip di Semenanjung yang dinaikkan sebanyak RM1.50/MMBtu iaitu daripada RM18.20/MMBtu kepada RM19.70/MMBtu berkuatkuasa 1 Julai 2016.
Mengenai pengurangan purata kadar tarif yang dikekalkan sebanyak 1.20sen/kWj di Sabah dan Labuan, beliau berkata ia melibatkan pemberian subsidi bahan api 'medium fuel oil' dan diesel serta subsidi sokongan tarif elektrik yang dianggarkan RM468 juta bagi tahun ini.
Ongkili berkata rebat tarif elektrik diberikan kepada semua kategori pengguna Tenaga Nasional Bhd di Semenanjung dan Sabah Electricity Sdn Bhd di Sabah, kecuali pengguna domestik yang menggunakan unit elektrik 300kWj dan ke bawah sebulan memandangkan pengguna kategori itu tidak terlibat dengan sebarang kenaikan tarif elektrik sejak 1 Jan 2014.
"Kerajaan juga telah merangka langkah-langkah perlindungan dalam struktur tarif elektrik bagi mengurangkan beban pengguna ke atas rasionalisasi subsidi harga gas berpaip," katanya.
Beliau menegaskan bahawa pengguna domestik dengan unit penggunaan 300kWj dan ke bawah tidak terlibat dengan sebarang kenaikan tarif, cukai barang dan perkhidmatan dan caj Feed-in Tariff.
Selain itu, Ongkili berkata program pengecualian bayaran bil elektrik RM20 dan ke bawah diberikan kepada pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Pengguna komersial dan industri dengan kos elektrik sekurang-kurangnya 5.0 peratus daripada keseluruhan kos operasi syarikat pula layak menikmati Tarif Industri Khas (TIK) yang menerima diskaun antara tiga peratus hingga 10 peratus, katanya.
"Namun begitu TIK akan dikurangkan secara berperingkat mulai 2016 hingga 2020 dan tarif 'Enhanced Time of Use' diperkenalkan sebagai pilihan kepada pengguna komersial dan industri mulai 1 Januari 2016," katanya.
Beliau berkata diskaun 10 peratus juga diberikan dalam bil bulanan kepada sekolah-sekolah kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi kerajaan, rumah-rumah ibadat dan institusi-institusi kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jun 29 2016
Maximus berkata pengekalan rebat tersebut akan bermula 1Julai hingga 31 Disember 2016. - fotoBERNAMA
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Rebat tarif Semenanjung kekal, penurunan tarif di Sabah, Labuan
Maximus berkata pengekalan rebat tersebut akan bermula 1Julai hingga 31 Disember 2016.