DREBAR
Rebat untuk pembelian BMW di bawah program korporat

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan BMW Group Corporate Programme di mana syarikat-syarikat, termasuk SME (perusahaan kecil dan sederhana) di Malaysia dapat membeli kenderaan-kenderaan BMW serta MINI pada harga istimewa. Ia juga beserta kelebihan-kelebihan tambahan.
Untuk SME, program ini memberi rebat 3% untuk pembelian minima dua kenderaan. Tetapi ini hanya terhad kepada SME di dalam sektor pembuatan dengan jualan ‘turnover’ tidak melebihi RM50 juta, atau dengan kakitangan tetap tidak melebihi 200 orang. Untuk SME di dalam sektor lain seperti perkhidmatan, jualan ‘turnover’ tidak boleh melebihi RM20 juta ataupun mempunyai pekerja tetap melebihi 75 orang.

Semua SME ini perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pihak berkuasa berkenaan di Sabah dan Sarawak, ataupun badan-badan berkaitan bagi pembekal perkhidmatan professional.
Syarikat awam yang tersenarai di papan utama bursa Malaysia (dan anak syarikatnya, syarikat besar, syarikat multi-nasional, GLC, Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan dan perusahaan milikkerajaan negeri diberi rebat 4% untuk setiap pembelian diantara empat hingga tujuh unit kenderaan. Syarikat yang membeli lapan atau lebih unit pula layak mendapat rebat sebanyak 6%.
Syarikat-syarikat yang pernah membeli kenderaan daripada BMW Group sebelum ini turut layak endapat rebat tersendiri.

Selain rebat yang diberikan, kelebihan yang boleh didapati daripada Program Korporat BMW ini adalah pengurangan 3% daripada kadar faedah pinjaman (daripada BMW Credit Malaysia Sdn. Bhd.); penjimatan penyelengaraan dan baik pulih untuk tiga tahun atau 60,000km (pembelian daripada wakil pengedar sah BMW); penjimatan penyelengaraan dan baik pulih untuk tiga tahun atau 50,000km (pembelian daripada wakil pengedar sah MINI); yuran RM888 untuk menyertai program latihan pemandu BMW (harga biasa RM1,700), dan kelebihan untuk acara-acara BMW termasuk majlis pelancaran produk.

Program korporat ini tidak termasuk pembelian untuk model-model X1 xDrive 20d, MINI Cooper 3-pintu baharu (Salt), model yang dijual bersama promosi, bebas cukai, dan termasuk kenderaan yang dibeli bersama program MM2H dan MREP.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian BMW Voice di 1800-88-3000 atau MINI Voice di 1800-88-6464.