awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Redah banjir tangkap ular tedung selar

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2021
02:10 MYT
Redah banjir tangkap ular tedung selar
Anggota APM Pasir Puteh meredah banjir sedalam 0.3 meter untuk menangkap ular tedung selar yang sedang 'berehat' dalam timbunan makanan haiwan di dalam stor sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, Pasir Puteh pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh meredah banjir sedalam 0.3 meter untuk menangkap seekor ular tedung selar yang sedang 'berehat' dalam timbunan makanan haiwan di dalam stor sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini pada Jumaat.
Pegawai APM Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, kerja-kerja menangkap ular tedung sepanjang dua meter dan seberat 1.5 kilogram itu berdepan sedikit kesukaran kerana kawasan tersebut ditenggelami air.
"Sungguhpun begitu, anggota bertugas tetap menitikberatkan aspek keselamatan semasa menjalankan tugas dan kita mengambil masa 10 minit untuk menangkap ular itu menggunakan kemahiran serta kepakaran yang ada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Menurutnya, kehadiran ular itu disedari pemilik rumah, Asmadi Mat Husin, 34, yang kemudiannya terus menghubungi APM Pasir Puteh.
Beliau berkata, APM menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 7.25 pagi.
Nik Mohd Nor berkata, seramai tiga anggota dihantar ke lokasi untuk kerja-kerja menangkap reptilia itu.
"Hujan lebat yang melanda pada ketika ini menyebabkan reptilia itu mencari lokasi baharu selepas habitat asal berkemungkinan besar ditenggelami air.
"Penduduk dinasihatkan agar waspada dan membuat pemeriksaan di kawasan rumah masing-masing bagi mengesan kehadiran tetamu tidak diundang dan segera hubungi APM untuk bantuan lanjut," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#redah banjir
#tangkap ular
#ular tedung selar
#makanan haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan