Reddit fail saman terhadap Perplexity, dakwa guna kandungan tanpa kebenaran

Reddit memfailkan saman terhadap Perplexity kerana didakwa menggunakan kandungan tanpa kebenaran untuk melatih model kecerdasan buatan. -Gambar fail/Amanz
PELBAGAI syarikat berasaskan kecerdasan buatan didapati menggunakan data milik pihak lain untuk melatih model masing-masing.
Ringkasan AI
- Reddit memfailkan saman terhadap Perplexity kerana didakwa menggunakan kandungan tanpa kebenaran untuk melatih model kecerdasan buatan.
- Reddit telah melesenkan kandungan kepada Google dan OpenAI, menjadikannya sumber pendapatan sah.
- Isu pelesenan kandungan semakin hangat dengan beberapa syarikat lain turut memfailkan saman bagi melindungi hak cipta masing-masing.
Reddit dilaporkan telah mengeluarkan surat arahan supaya Perplexity menghentikan tindakan tersebut, namun syarikat itu didakwa terus menggunakan dan meningkatkan penggunaan kandungan Reddit.
Buat masa ini, Reddit telah melesenkan kandungan mereka kepada Google dan OpenAI, sekali gus menjadi salah satu sumber pendapatan syarikat tersebut.
Reddit dilihat lebih terbuka untuk melesenkan kandungan secara sah, dan menolak penggunaan tanpa kebenaran oleh syarikat kecerdasan buatan.
Selain Reddit, beberapa saman lain turut sedang dalam proses di beberapa mahkamah di seluruh dunia. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


