GADGETS
Reddit fail saman terhadap Perplexity, dakwa guna kandungan tanpa kebenaran
Reddit memfailkan saman terhadap Perplexity kerana didakwa menggunakan kandungan tanpa kebenaran untuk melatih model kecerdasan buatan. -Gambar fail/Amanz
PELBAGAI syarikat berasaskan kecerdasan buatan didapati menggunakan data milik pihak lain untuk melatih model masing-masing.
Ringkasan AI
Perkara ini sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai isu pelesenan kandungan, selain beberapa syarikat telah mengambil langkah memfailkan saman bagi melindungi hak cipta masing-masing.
Terbaharu, Reddit memfailkan saman terhadap Perplexity atas dakwaan menggunakan data dan kandungan Reddit tanpa kebenaran untuk melatih model kecerdasan buatan mereka.
Reddit dilaporkan telah mengeluarkan surat arahan supaya Perplexity menghentikan tindakan tersebut, namun syarikat itu didakwa terus menggunakan dan meningkatkan penggunaan kandungan Reddit.
Buat masa ini, Reddit telah melesenkan kandungan mereka kepada Google dan OpenAI, sekali gus menjadi salah satu sumber pendapatan syarikat tersebut.
Reddit dilihat lebih terbuka untuk melesenkan kandungan secara sah, dan menolak penggunaan tanpa kebenaran oleh syarikat kecerdasan buatan.
Selain Reddit, beberapa saman lain turut sedang dalam proses di beberapa mahkamah di seluruh dunia. -Amanz
Ringkasan AI
- Reddit memfailkan saman terhadap Perplexity kerana didakwa menggunakan kandungan tanpa kebenaran untuk melatih model kecerdasan buatan.
- Reddit telah melesenkan kandungan kepada Google dan OpenAI, menjadikannya sumber pendapatan sah.
- Isu pelesenan kandungan semakin hangat dengan beberapa syarikat lain turut memfailkan saman bagi melindungi hak cipta masing-masing.