GADGETS

Reddit ingin jadi sebuah enjin carian

Amanz 02/08/2025 | 07:00 MYT
Reddit fokus kepada ciri carian sebagai produk teras untuk jadi sumber rujukan info dan pengetahuan. -Amanz
REDDIT, salah satu laman berbentuk forum yang sedia popular dalam kalangan pengguna seluruh dunia, kini memperlihatkan visi mereka bergerak ke hadapan.


Ringkasan AI
  • Reddit fokus kepada ciri carian sebagai produk teras untuk jadi sumber rujukan info dan pengetahuan.
  • Ciri Reddit Answers dikuasakan AI digunakan lebih 6 juta pengguna setiap minggu dan akan diperluas secara global.
  • Peralihan ini bertujuan kurangkan kebergantungan kepada Google dan tarik trafik terus ke Reddit.


Reddit mengatakan kini mereka menjadi salah satu destinasi untuk merujuk dan mendapatkan pelbagai info dan pengetahuan.

Bergerak ke hadapan, mereka ingin memfokuskan lagi kepada ciri carian, dalam usaha menjadikan ia salah satu produk teras.

Reddit pada hari ini mengatakan ciri carian digunakan lebih 70 juta pengguna aktif setiap minggu, sementara ciri Reddit Answers – iaitu sokongan carian dikuasakan kecerdasan buatan pula digunakan lebih 6 juta pengguna setiap minggu.

Reddit kini berusia 20 tahun, dan bergantung kepada Google dalam mendapatkan trafik ke laman mereka.

Namun, dengan pelbagai perubahan yang dilakukan pada Google, kini Reddit mengambil langkah untuk memfokuskan ciri carian, dan memastikan para pengguna merujuk laman mereka dalam mendapatkan pelbagai informasi dan pengetahuan.

Peralihan ini dijangka dilakukan berperingkat, bermula dengan pengenalan Reddit Answers secara global, selain integrasi Reddit Answers ke dalam sokongan carian teras pada Reddit sendiri. -Amanz





#Google #Reddit #enjin carian #sumber rujukan info