MALAYSIA

Reezal Merican iringi suami Nadia Kesuma di KLIA, jenazah dijangka dikebumi esok di Jeddah

Astro Awani 18/01/2026 | 11:17 MYT
Reezal (kiri) ketika bertemu Muhammad Kamarul di Lapangan Terbang KLIA pada Ahad sebelum beliau berangkat ke Jeddah bagi menguruskan jenazah isterinya. -Foto Facebook
KEPALA BATAS: Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengiringi suami pelakon Nadia Kesuma, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.


Ringkasan AI
  • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menemani suami Nadia Kesuma, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah ke Arab Saudi untuk mengurus jenazah isteri yang dijangka dikebumikan esok.
  • Reezal Merican mengajak rakyat mendoakan agar Allahyarham Nadia Kesuma diampunkan dosa dan berada dalam kalangan para mukminin serta solihin.
  • Kerisauan mengenai kehilangan Nadia Kesuma terselesa apabila anak perempuannya mengesahkan kematian akibat sakit jantung setibanya di Jeddah, selepas menyertai kumpulan umrah dan ziarah.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Muhammad Kamarul dan ahli keluarganya berangkat ke Arab Saudi bagi menguruskan jenazah isterinya, Allahyarham Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim yang dijangka dikebumikan pada pagi esok mengikut waktu tempatan di Jeddah, Arab Saudi.

"Saya menemani Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah bersama ahli keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari ini.

"Dalam suasana amat sayu dan sarat dengan rasa kehilangan, mereka akan berangkat ke King Fahad Hospital, Jeddah untuk menemui Allahyarham Nadiah Kasumawati Abdul Karim dan menguruskan segala urusan jenazah, termasuk dokumentasi serta pengambilan barang-barang peribadi," katanya.

Reezal Merican turut mengajak rakyat bersama-sama mendoakan agar Allahyarham diampunkan dosa, dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan para mukminin dan solihin.

“Semoga Allahyarham bersemadi dengan tenang di taman‑taman syurga dalam limpahan maghfirah-Nya,” katanya.

Beliau pada masa sama menyampaikan doa dan solidariti kepada Muhammad Kamarul serta seluruh ahli keluarga agar diberi kekuatan menghadapi detik-detik sukar kehilangan insan tersayang.

Terdahulu media melaporkan tanda tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

Perkara itu disahkan anak perempuannya menerusi Threads pagi tadi.

Terdahulu, Nadia Kesuma yang pernah membintangi filem "Syaitan Munafik" dan "Kudeta" dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu.

Nadia merupakan antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan bermula 14 hingga 28 Januari ini.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan utama Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah berangkat ke Arab Saudi?
    A: Beliau berangkat ke Arab Saudi bagi menguruskan jenazah isterinya, Nadia Kesuma, yang dijangka dikebumikan di Jeddah.
  • Q: Apakah yang dilaporkan berlaku kepada Nadia Kesuma setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah?
    A: Nadia Kesuma dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.
  • Q: Apa yang disahkan oleh anak perempuan Nadia Kesuma mengenai keadaan ibunya?
    A: Anak perempuan Nadia Kesuma telah mengesahkan melalui Threads bahawa ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung.
  • Q: Berapakah bilangan peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah yang melibatkan Nadia Kesuma?
    A: Nadia Kesuma merupakan antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan dari 14 hingga 28 Januari.



#Nadia Kesuma #Nadiah Kasumawati Abdul Karim #Jeddah Arab Saudi #Reezal Merican Naina Merican