awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reezal Merican ketua delegasi Malaysia pada WUF ke-11

Bernama
Bernama
25/06/2022
15:28 MYT
Reezal Merican ketua delegasi Malaysia pada WUF ke-11
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mengetuai delegasi Malaysia pada Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) bermula esok. - Gambar fail/BERNAMA
KATOWICE (POLAND): Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mengetuai delegasi Malaysia pada Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) di sini bermula esok.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Reezal Merican berkata selain menyertai forum bertema 'Transforming Our Cities, For A Better Urban Future', beliau juga akan merasmikan Pavilion Malaysia dan prapelancaran Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM), Selasa ini.
Pada WUF11, Reezal Merican dijadual menyampaikan ucapan mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) pada sesi tindakan berjudul 'Liveability as a Vehicle Towards Achieving Urban Sustainability'.
WUF ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001 untuk mengkaji salah satu isu paling mendesak yang dihadapi dunia hari ini iaitu perbandaran pesat dan kesannya terhadap komuniti, bandar, ekonomi dan perubahan iklim.
Anjuran Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) ialah salah satu perhimpunan antarabangsa yang paling inklusif mengenai isu-isu bandar.
Ia menghimpunkan wakil kerajaan negara, wilayah dan tempatan, ahli akademik, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, perancang bandar dan wakil masyarakat sivil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Reezal Merican Naina Merican
#Forum Bandar Sedunia
#WUF11
#WUF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan