KUALA LUMPUR:Jatuh hukum dalam kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencerminkan institusi kehakiman yang berani.
Ia sekali gus menjadikan 2020 tahun yang lebih baik dalam konteks pembasmian rasuah, kata Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.
“Apa yang kita perlu bangga ialah institusi kehakiman yang berani menjatuhkan hukuman biarpun pada kes-kes berprofil tinggi iaitu terhadap Najib dan Tengku Adnan.
“Kita perlu tabik kerana ia bermaksud institusi kehakiman di Malaysia ini masih lagi bebas.
“Kita berharap hakim-hakim lain dapat mengikut dan menjatuhkan hukuman berdasarkan fakta dan mesti ada keberanian,” kata Akhbar dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Isnin.
Selain itu, beliau juga memuji usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menghapuskan kegiatan rasuah di Jabatan Imigresen dan agensi penguatkuasa.
“Berdasarkan statistik, usaha pembasmian rasuah sudah bertambah baik, jika dibandingkan dengan tahun lepas.
“Satu lagi kejayaan besar menerusi SPRM ialah mereka telah memilih Ketua Pengarah daripada kalangan mereka.
“Ia merupakan satu kejayaan dan dari segi penyiasatan, ia merupakan satu siasatan rasuah yang dijalankan secara profesional,” katanya.
Katanya, bagi memastikan tahun 2021 lebih bersih daripada rasuah, tindakan mengikut prosedur tatatertib perlu diambil sekiranya penjawat awam dan ahli politik didapati terlibat dalam gejala rasuah.
“Jika lihat di Hong Kong, mereka mempunyai peruntukan berkaitan salah laku penjawat awam.
“Maksudnya, sekiranya kes rasuah itu melibatkan ahli politik atau pegawai kerajaan, terdapat satu undang-undang untuk mengenakan tindakan tatatertib (di bawah kesalahan jenayah).
“Akhir sekali, rakyat dan juga pemimpin politik perlu pastikan untuk mengelakkan keruntuhan nilai dan moral supaya negara tidak terus dibelenggu pandemik rasuah ini,” jelasnya.
Isabelle Leong
Mon Dec 28 2020

AKHBAR: Kita perlu tabik kerana ia bermaksud institusi kehakiman di Malaysia ini masih lagi bebas. - Gambar fail

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

Taman Rimba Kiara: C4 puji keputusan Mahkamah Rayuan, gesa siasat Ku Nan
C4 puji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bagi projek pembinaan unit kediaman di Taman Rimba Kiara.

Kes rasuah RM2 juta: Rayuan Ku Nan terhadap sabitan dan hukuman didengar 22 April
Pada 21 Disember lepas, Tengku Adnan, 70, memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

UMNO Putrajaya sokong Muhyiddin
UMNO Bahagian Putrajaya hari ini membuat ketetapan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Refleksi 2020: Tindakan atas Najib, Ku Nan cermin prestasi basmi rasuah lebih baik - Akhbar Satar
Ia sekali gus menjadikan 2020 tahun yang lebih baik dalam konteks pembasmian rasuah, kata Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Adnan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta
Hakim ketika menyampaikan keputusan berkata pihak pembelaan yang diketuai Datuk Tan Hock Chuan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah atas pertuduhan itu.

Keputusan kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan pagi ini
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini, pada 14 Jun 2016.

Keputusan kes rasuah RM2 juta Ku Nan diketahui esok
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengetahui nasibnya esok, sama ada disabitkan atau dilepaskan daripada pertuduhan rasuah RM2 juta.

10,000 hadir meriahkan majlis perkahwinan "pandu lalu" anak Tengku Adnan
Majlis perkahwinan yang bertemakan adat Jawa itu diadakan di atas pentas khas yang didirikan di hadapan bangunan Istana Kehakiman bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.