MALAYSIA
Reformasi institusi, perundangan perlu ambil kira pandangan menyeluruh - PM Anwar
Anwar berkata, sebarang keputusan yang dibuat mahkamah akan dipertimbang oleh kerajaan sekiranya selari dengan agenda reformasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelaksanaan reformasi institusi termasuk sistem perundangan perlu mengambil kira pandangan semua pihak dan menyeluruh, bukan hanya bergantung kepada keputusan mahkamah semata-mata.
Beliau berkata sebarang keputusan yang dibuat mahkamah akan dipertimbang oleh kerajaan sekiranya selari dengan agenda reformasi.
“Institusi reformasi itu harus dikaji bersama, bukan keputusan mahkamah sahaja. Mahkamah beri pandangan dan kita akan teliti. Kalau selari dengan reformasi, ya.
“Maksudnya pandangan mengenai perhimpunan... saya ada masalah kerana (jika membabitkan) Raja-raja... kebebasan mengadakan perhimpunan, (kalau) dekat istana bagaimana? Jadi kita kena fikir,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan ASEAN Law Forum 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memutuskan perkataan “jelik” dan “menyakitkan hati” dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998 sebagai tidak berperlembagaan, yang kini sedang dipertimbang untuk dirayu oleh kerajaan.
Dalam masa sama, Anwar turut menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan berhimpun mesti diimbangi dengan sensitiviti tertentu, termasuk kedudukan institusi diraja yang tidak wajar disentuh.
“Kadangkala dalam keghairahan menegakkan kebebasan, ia boleh menyinggung kawasan atau kedudukan yang kita anggap tidak sepatutnya diberi ruang, seperti perkarangan istana,” katanya lagi.
Selasa lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan perkataan menghina dan menjengkelkan dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM), berhubung kesalahan bagi penghantaran komen dalam talian.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa perkataan 'menghina' (offensive) dan 'menjengkelkan' (annoy) dalam Seksyen itu adalah tidak berperlembagaan dan bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Perkara 8.
Perkara 10 adalah berhubung kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan manakala Perkara 8 pula menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama.
Menurut panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Lee Swee Seng, terdapat merit dalam hujahan perayu, iaitu aktivis Heidy Quah Gaik Li, bahawa tiada kaitan rasional antara komunikasi yang dipersoalkan dan ancaman terhadap ketenteraman awam dalam konteks Seksyen 233 AKM.