MALAYSIA
Reformasi Kerenah Birokrasi dijangka mampu jimat RM1.5 bilion tahun ini - KPPA
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz ketika berucap pada Simposium Penilaian Strategik Setahun Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) 2025 di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dijangka mampu menjimatkan hingga RM1.5 bilion tahun ini menerusi pelaksanaan lebih 700 projek, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Ringkasan AI
Berucap pada Majlis Simposium Penilaian Strategik bagi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) di sini hari ini, beliau berkata pada tahun lepas sebanyak RM542 juta telah dijimatkan menerusi inisiatif RKB.
"Bagi memperkasa agenda ARPA, Pekeliling RKB telah dilancarkan pada 24 Nov tahun lepas, bagi memastikan pegawai awam membuat pembaharuan cara kerja dari segenap aspek untuk meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan.
"Pekeliling RKB menyasarkan keberhasilan transformasi perkhidmatan awam dengan meningkatkan kecekapan dan penggunaan sumber. Inisiatif ini meliputi projek sama ada di peringkat Persekutuan, negeri mahupun kerajaan tempatan," katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata antara kejayaan yang dicapai melalui pelaksanaan RKB, termasuk langkah Kementerian Perdagangan dan Industri yang memperkemas tadbir urus pembiayaan sektor aeroangkasa dengan penjimatan RM17 juta sekali gus memberi manfaat kepada 50 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh raya Malaysia telah mempercepat tempoh penilaian tender daripada 35 hari kepada 18 hari, menjimatkan kos pematuhan tahunan sebanyak RM1.1 juta serta meningkatkan aliran tunai projek serta kecekapan pelaksanaan projek.
"Sementara Majlis Perbandaran Kulim, Kedah merekodkan kejayaan mengurangkan tempoh proses permit pembinaan daripada 24 bulan kepada hanya 10 bulan," katanya.
Untuk mengukuhkan lagi reformasi ini, beliau berkata penambahbaikan ditingkatkan kerajaan dengan menggubal Akta Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam (ILTIZAM).
Beliau berkata tekad reformasi Akta ILTIZAM adalah untuk mengurangkan birokrasi dengan mempercepatkan proses perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Wan Ahmad Dahlan dalam pada itu berkata simposium hari ini merupakan pendekatan kerajaan untuk mewujudkan persefahaman dalam suasana yang kondusif.
"Platform seperti ini juga diharapkan dapat merungkai kebimbangan rakan strategik kerajaan berkaitan perkhidmatan awam seperti karenah birokrasi, seterusnya meningkatkan akauntabiliti dan tadbir urus yang lebih baik dalam perkhidmatan awam," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dijangka jimat RM1.5 bilion pada 2025 melalui lebih 700 projek, selepas penjimatan RM542 juta direkodkan tahun lalu.
- Pekeliling RKB dilancar untuk tingkat kecekapan perkhidmatan awam, termasuk kejayaan seperti percepatan penilaian tender (35 hari ke 18 hari) dan pengurangan tempoh permit pembinaan (24 bulan ke 10 bulan).
- Kerajaan bakal gubal Akta ILTIZAM bagi mengurangkan birokrasi, mempercepat proses perkhidmatan dan meningkatkan ketelusan penyampaian kepada rakyat.
Berucap pada Majlis Simposium Penilaian Strategik bagi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) di sini hari ini, beliau berkata pada tahun lepas sebanyak RM542 juta telah dijimatkan menerusi inisiatif RKB.
"Bagi memperkasa agenda ARPA, Pekeliling RKB telah dilancarkan pada 24 Nov tahun lepas, bagi memastikan pegawai awam membuat pembaharuan cara kerja dari segenap aspek untuk meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan.
"Pekeliling RKB menyasarkan keberhasilan transformasi perkhidmatan awam dengan meningkatkan kecekapan dan penggunaan sumber. Inisiatif ini meliputi projek sama ada di peringkat Persekutuan, negeri mahupun kerajaan tempatan," katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata antara kejayaan yang dicapai melalui pelaksanaan RKB, termasuk langkah Kementerian Perdagangan dan Industri yang memperkemas tadbir urus pembiayaan sektor aeroangkasa dengan penjimatan RM17 juta sekali gus memberi manfaat kepada 50 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh raya Malaysia telah mempercepat tempoh penilaian tender daripada 35 hari kepada 18 hari, menjimatkan kos pematuhan tahunan sebanyak RM1.1 juta serta meningkatkan aliran tunai projek serta kecekapan pelaksanaan projek.
"Sementara Majlis Perbandaran Kulim, Kedah merekodkan kejayaan mengurangkan tempoh proses permit pembinaan daripada 24 bulan kepada hanya 10 bulan," katanya.
Untuk mengukuhkan lagi reformasi ini, beliau berkata penambahbaikan ditingkatkan kerajaan dengan menggubal Akta Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam (ILTIZAM).
Beliau berkata tekad reformasi Akta ILTIZAM adalah untuk mengurangkan birokrasi dengan mempercepatkan proses perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Wan Ahmad Dahlan dalam pada itu berkata simposium hari ini merupakan pendekatan kerajaan untuk mewujudkan persefahaman dalam suasana yang kondusif.
"Platform seperti ini juga diharapkan dapat merungkai kebimbangan rakan strategik kerajaan berkaitan perkhidmatan awam seperti karenah birokrasi, seterusnya meningkatkan akauntabiliti dan tadbir urus yang lebih baik dalam perkhidmatan awam," katanya.
-- BERNAMA

#Reformasi Kerenah Birokrasi
#jimat RM1 5 bilion
#Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
#Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam