MALAYSIA
Reformasi kerenah birokrasi Melaka berjaya jimat RM13.5 juta setahun
Shamsul Azri (empat, kiri) pada Majlis Penyampaian Sijil Projek RKB sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau, hari ini. - Bernama
JASIN: Melaka kini muncul sebagai antara negeri terkehadapan dalam pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) apabila berjaya mencatat penjimatan sebanyak RM13.5 juta setahun hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif kecekapan yang mempercepatkan urusan kerajaan.
Ringkasan AI
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelaksanaan RKB di negeri itu bukan sahaja menjimatkan kos, malah mempercepat proses kelulusan kerajaan sehingga 75 peratus lebih pantas.
"Apabila kita mengutamakan rakyat dan mempermudah urusan perniagaan, kita meningkatkan kecekapan operasi, menjimatkan kos serta memperkukuh produktiviti.
"RKB membuktikan bahawa perkhidmatan awam sentiasa boleh ditambah baik demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Projek RKB sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad dan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Zahid Ismail.
Shamsul Azri berkata penjimatan itu dicapai melalui pelaksanaan empat projek RKB melibatkan pelbagai agensi negeri termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Melaka serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menambah baik operasi pentadbiran dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Antara inisiatif utama RKB ialah penambahbaikan Manual Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) Edisi Kedua, Pindaan Negeri Melaka oleh PTG Melaka bersama PLANMalaysia@Melaka yang berjaya mengurangkan tempoh urusan pengambilan tanah daripada 36 bulan kepada hanya enam bulan melalui semakan teknikal bersepadu dan serentak.
"Langkah ini menjadikan Melaka negeri pertama yang menggabungkan maklumat pengambilan tanah dalam proses kelulusan pelan pembangunan. Ini satu pembaharuan yang menjadikan pentadbiran negeri lebih produktif dan inovatif," katanya.
Beliau berkata penjimatan itu bukan sahaja melibatkan agensi kerajaan, malah turut memberi manfaat kepada pihak swasta melalui pengurangan masa pelaksanaan projek.
Katanya, pengurangan kerenah birokrasi serta pemerkasaan kecerdasan buatan (AI) akan terus menjadi tunjang kepada matlamat Malaysia MADANI ke arah sektor awam yang tangkas, inklusif dan berpaksikan rakyat.
Sementara itu, Zahid Ismail berkata MPC sebagai peneraju pelaksanaan RKB menumpukan kepada hasil dan impak sebenar, bukan sekadar penambahbaikan prosedur.
"Setiap reformasi mesti memberi keberhasilan nyata kepada rakyat dan perniagaan. Pendekatan berasaskan keberhasilan ini menjadikan Melaka model produktiviti negeri yang berpaksikan data dan hasil sebenar," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Melaka muncul antara negeri terkehadapan dalam pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan penjimatan RM13.5 juta setahun serta peningkatan kelulusan urusan kerajaan sehingga 75 peratus lebih pantas.
- Empat projek RKB melibatkan agensi negeri seperti PTG dan PBT menyumbang kepada kecekapan pentadbiran, termasuk pengurangan tempoh urusan pengambilan tanah daripada 36 bulan kepada enam bulan.
- Ketua Setiausaha Negara menegaskan RKB memperkukuh produktiviti dan perkhidmatan awam, manakala MPC menyifatkan Melaka sebagai model negeri berpaksikan data dan hasil sebenar.