KUALA LUMPUR: Sekarang waktu paling tepat untuk ahli Dewan Rakyat melantik Yang di-Pertua (YDP) dan Timbalan Yang di-Pertua (TYDP) Dewan Rakyat dengan semangat rentas parti.
Demikian pandangan disuarakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang berkata, jawatan-jawatan itu tidak harus dilihat sebagai monopoli parti-parti dalam kerajaan
Jauh sekali untuk menunjukkan kekuasaan terhadap parti pembangkang, kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.
"Sebaliknya, pelantikan Yang di-Pertua dan timbalannya harus bersemangat rentas parti untuk memperkasakan Parlimen dan menjadikan Parlimen lebih bebas untuk menyemak dan mengimbang Eksekutif," kata Bersih 2.0.
Kenyataan itu turut mempersoalkan sekiranya calon TYDP dipilih kelak, adakah mereka bersedia meletak jawatan atau mengambil cuti dalam parti politik.
Setakat ini, dua nama dicalonkan untuk dipilih sebagai TYDP, iaitu Ahli Parlimen Pontian yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dan Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.
"Peletakan jawatan di dalam parti amat mustahak agar jawatan TYDP ini dilihat benar-benar bebas daripada pengaruh kepartian, bersikap adil dan dapat menumpukan perhatian terhadap isu-isu di Dewan serta menguatkuasakan peraturan mesyuarat tanpa sebarang ketakutan atau kepentingan parti," tambahnya.
Bersih 2.0 turut menuntut agar YDP dan TYDP juga dilantik daripada kalangan mereka yang tiada rekod jenayah atau rasuah dan berintegriti.
Kedua-dua calon TYDP ini juga, katanya, perlu mengemukakan kerangka dan isu-isu reformasi Parlimen yang akan mereka bawa sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Bersih 2.0 juga menegaskan, pejabat YDP dan TYDP bukanlah penjaga pintu kepada eksekutif untuk menahan usul atau rang undang-undang, atau mengehadkan ucapan wakil rakyat, terutamanya pembangkang.
"Jawatan tersebut perlu dilaksanakan dengan adil dan perlu meraikan suara wakil rakyat yang terdiri daripada berbilang parti.
"Wakil-wakil rakyat yang berada di situ bertujuan membawa hasrat rakyat dan permasalahan polisi negara untuk dibahaskan serta diambil tindakan oleh eksekutif," katanya.
Justeru, sempena ulang tahun Parlimen ke-62 hari ini, Bersih 2.0 mahu melihat sistem demokrasi lebih matang dan Parlimen bergantung kepada kepimpinan pejabat YDP Dewan Rakyat untuk memastikan suara wakil rakyat didengari dan tidak dikesampingkan.
"Selain daripada bersikap adil, YDP dan TYDP juga perlu dilantik daripada kalangan mereka yang tiada rekod jenayah atau rasuah dan berintegriti," katanya.
Satu isu yang membimbangkan Bersih 2.0 ialah pencalonan Ahmad susulan kes yang dikaitkan dengan beliau dan masih berjalan di mahkamah.
Ahmad dituduh di mahkamah di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2021.
Hafizi Rosli
Sat Sep 11 2021
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 menggesa agar ahli Dewan Rakyat melantik Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua (TYDP) Dewan Rakyat dengan semangat rentas parti - Foto/BERNAMA
Tumpuan Khamis 12 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis tahan pengangggur, rampas lebih 60 kg bernilai RM203,632
Polis menahan seorang penganggur dan merampas ganja seberat 65.6 kilogram (kg) dianggar bernilai RM203,632 dalam dua serbuan di kondominium di Cheras dan Segambut, Khamis lepas.
Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi 1MDB sebelum 2014 - Mahkamah
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Arul Kanda tidak terlibat dalam transaksi yang didakwa salah antara 2009 dan 2014.
PM Anwar hadir majlis makan malam bersama kepimpinan kerajaan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam bersama barisan kepimpinan kerajaan Sabah di sebuah hotel di sini, malam ini.
Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris
Pada 10 September, Donald Trump dan Kamala Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.
Lelaki melecur ketika cuba padam kebakaran gudang alat ganti kenderaan
Enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamatan (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Kempen vaksinasi polio capai lebih 82 peratus sasaran kanak-kanak di Semenanjung Gaza
527,776 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun menerima dos pertama vaksin polio di kawasan Palestin.
[KOLUMNIS] Menjulang reformasi perkhidmatan awam Malaysia, memperkasa nilai dan kepimpinan
Perkhidmatan awam dalam alaf ketiga ini perlu disiap siaga dan berupaya mendepani cabaran serta memimpin pendapat rakyat.
AWANI Ringkas: Petrol RON97 & diesel di Semenanjung turun 15 sen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki Pakistan bunuh doktor terlepas hukuman gantung
Seorang lelaki warga Pakistan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati mandatori yang dijatuhkan ke atasnya dengan penjara 36 tahun dan 12 sebatan.
PRN Sarawak: 666,000 anak muda tidak dapat mengundi
Ini kerana pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran secara automatik dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.
PRN Melaka: Elak 'episod katak', gubal enakmen antilompat parti - Bersih 2.0
Calon PRN Melaka wajar berikrar untuk menggubal enakmen mengawal lompat parti dan akauntabiliti politik sebagai manifesto mereka, bagi memastikan tidak berlaku 'episod katak' selepas PRN.
Cadangan Ahmad Maslan: Perbaiki sistem bukan menghukum rakyat - Bersih 2.0
Bersih 2.0 berkata, biarpun untuk menggalakkan rakyat turun mengundi, ia adalah tidak selari dengan prinsip kebebasan memilih oleh rakyat.
Reformasi Parlimen: Lantik Yang di-Pertua, Timbalan dengan semangat rentas parti - Bersih 2.0
Ia tidak harus dilihat sebagai monopoli parti-parti dalam kerajaan, lebih-lebih lagi untuk menunjukkan kekuasaan terhadap pembangkang.
Jadikan undi lebih mudah dan selamat - Pengerusi Bersih 2.0
andemik COVID-19 yang merebak sejak dua tahun lepas sekaligus telah menyekat dan menyukarkan hak mengundi dan akses kepada pengundian.
Kempen Pilihan Raya Pecat sasar kembalikan hak sepenuhnya kepada rakyat
Pilihan Raya Pecat imbang kekuatan yang diberi pengundi kepada pemimpin dengan cara kembalikan dan beri mereka kuasa untuk pecat mana-mana pemimpin.
Perlu ada akta larang wakil rakyat jadi pengerusi GLC/ GLIC - Bersih 2.0
Bersih 2.0 berkata, Akta GLC baharu harus digubal untuk mengawal proses pelantikan pengerusi atau presiden badan tersebut.
Persempadanan: Patuhi perlembagaan dan prinsip kesaksamaan - Bersih 2.0
Bersih 2.0 sifatkan kenyataan Khairuddin menunjukkan niat untuk melukis sempadan dengan pembahagian tidak sekata bagi memenangkan parti beliau.
Madius Tangau cabar Anwar tubuhkan Kabinet bayangan
Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihak pembangkang tidak boleh lagi melengahkan masa dan perlu bertindak pantas sebelum terlambat.
"Hulur bantuan waktu berkempen tak salah" - Muhyiddin
Tiada salahnya Pakatan Harapan umum bantuan kepada rakyat, walaupun sewaktu dalam tempoh berkempen