awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi pilihan raya: 15 perkara utama perlu diperbaiki - Ab Rashid

Israr Khalid
Israr Khalid
13/10/2021
00:32 MYT
Reformasi pilihan raya: 15 perkara utama perlu diperbaiki - Ab Rashid
Menurut Ab Rashid, keseluruhannya ada 49 cadangan yang dikemukakan ERC kepada kerajaan pada tahun lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Terdapat 15 perkara utama yang perlu diberi penekanan untuk diperbaiki dan ditambah baik, dalam usaha mereformasi sistem pilihan raya negara supaya lebih adil, cekap, telus dan berkaliber.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem & Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman menggariskan perkara itu ketika ditemu bual Astro AWANI semalam.
1. Badan pengurusan pilhan raya “Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya menjadi isu ketika pilihan raya, ia hak seluruh rakyat dan tidak sepatutnya dipolitikan.”
2. Penguatkuasaan undang-undang “Ini paling lemah. SPR sendiri tidak mempunyai badan penguatkuasa undang-undang.”
3. Kerajaan sementara “Apabila Parlimen dibubar, ada kerajaan sementera. Kita hanya ada konvensyen yang memberitahu perana dan had kuasa kerajaan sementara itu tetapi tiada peraturan yang ketat.”
4. Kerjasama antara institusi “Banyak pihak yang membantu SPR, jadi kena ada peraturan-peraturan khusus dan baik untuk menentukan bahawa semua pihak ini perlu akur tentang kehendak SPR, bukan SPR mengambil arahan daripada pihak lain.
5. Pendidikan pengundi “Ini sangat penting, negara kita tidak ada satu institusi khusus untuk melatih atau mendidik semua pihak daripada bawah sampai atas tentang pilihan raya, tentang demokrasi, tentang hak-hak asasi dan sebagainya.”
Selebihnya adalah:
6. Urusan-urusan pilihan raya 7. Persempadanan kawasan pilihan raya 8. Pendaftaran pemilih 9. Pendaftaran parti politik 10. Kempen pilihan raya 11. Pembiayaan politik 12. Akses kepada media dan liputan 13. Perjalanan pilihan raya 14. Tataetika pilihan raya 15. Pemerhati pilihan raya
Ia merupakan sebahagian penting daripada keseluruhan 49 cadangan yang dikemukakan ERC kepada kerajaan tahun lepas, di mana ketika itu, kata Ab Rashid, ada 32 perkara yang perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
BACA: Perkembangan syor ERC tersekat akibat pertukaran kerajaan, COVID-19
Tegas beliau, ia mesti dilaksanakan secara keseluruhan, bukan hanya satu atau dua perkara, seperti Undi18 dan Akta Lompat Parti sahaja, yang tidak memberi impak untuk membentuk sistem pilihan raya yang lebih baik.
Ab Rashid menjadi tetamu jemputan dalam program Agenda AWANI yang dihoskan oleh Nazri Kahar pada Selasa. Tonton di sini:
15 perkara perlu diperbaiki dalam mereformasi sistem pilihan raya
Topic Berkaitan
#Ab Rashid Ab Rahman
#ERC
#pilihan raya
#reformasi pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan