awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reformasi sistem antirasuah diharap dapat dilaksana penggal ini - KRPPM

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2023
05:06 MYT
Reformasi sistem antirasuah diharap dapat dilaksana penggal ini - KRPPM
Syed Ibrahim yakin dengan adanya kumpulan rentas parti ini dan didokong oleh pelbagai pihak termasuklah pakar-pakar dalam pelbagai bidang, perubahan ini boleh dilakukan dalam penggal ini. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) menyasarkan perubahan dalam konteks reformasi tata kelola, antirasuah dan perundangan negara dapat dilaksanakan dalam tempoh penggal ini.
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, perkara itu dilihat bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai memandangkan rangka kerja bagi pelaksanaan itu telah lama dibuat.
"Insya-Allah, saya yakin dengan adanya kumpulan rentas parti ini dan didokong oleh pelbagai pihak termasuklah pakar-pakar dalam pelbagai bidang.
"Kita mahukan perubahan ini (tata kelola, antirasuah dan perundangan) ini boleh dilakukan dalam tempoh penggal ini juga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media KRPPM - IGAR bertempat di Kumpulan Karangkraf, pada Selasa.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi KRPPM Datuk Mas Ermieyati Samsudin menjelaskan penglibatan ahli Parlimen pembangkang tidak boleh dipandang enteng kerana membawa suara rakyat daripada sudut pandang berbeza.
Beliau berpendapat, mungkin tidak semua perkara yang dibawa akan dipersetujui tetapi mereka meraikan perbezaan demi mencapai keputusan terbaik.
"Sokongan pembangkang ini sebagai lambang komitmen wakil rakyat untuk bawa harapan mereka.
"Walaupun ia sukar tapi dengan adanya kumpulan ini, saya harap ia menjadi tekad politik terbaik untuk dijadikan rujukan dan petunjuk untuk memastikan integriti dan kebebasan institusi diutamakan," katanya.
Penubuhan KRPPM IGAR telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada pada 3 April lalu, bertujuan untuk menggubal, menambah baik dan memperkasa polisi serta dasar berkaitan antirasuah dan tadbir urus negara untuk memastikan ketelusan, akauntabiliti dan menyekat penyalahgunaan kuasa melalui gabungan kolektif ahli-ahli Parlimen, senator, masyarakat sivil dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.
Topic Berkaitan
#KRPPM
#IGAR
#Syed Ibrahim Syed Noh
#Mas Ermieyati Samsudin
#antirasuah
#Rasuah
#Rasuah Buster
#reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan