awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rekalibrasi PATI: Tiada kompromi selepas 30 Jun - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/06/2022
09:41 MYT
Rekalibrasi PATI: Tiada kompromi selepas 30 Jun - Hamzah
Hamzah mengingatkan, pendatang asing tanpa izin perlu mengambil peluang mendaftar dengan program itu sebelum hujung bulan ini. - Gambar fail
LARUT: Seramai 282,581 pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah berdaftar untuk pulang secara sukarela sehingga 23 Jun lalu.
Daripada jumlah itu, 243,279 individu telah pulang ke negara asal masing-masing.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa tarikh tamat tempoh pendaftaran 30 Jun depan, tidak akan dilanjutkan.
"Kita akan mengambil tindakan yang tegas pada sesiapa saja yang tidak mahu menerima arahan yang telahpun kita keluarkan tempoh hari, dan masih ambil sambil lewa.
"(Mereka ialah) warga asing yang tinggal di sini tanpa dokumen yang sah, tanpa pengesahan yang dibuat oleh Imigresen. Begitu juga dengan majikan yang mengambil mereka... kita akan bawa mereka ke pihak mahkamah," tegas beliau.
Hamzah ditemui ketika Majlis Kenduri Kampung di Dewan Orang Ramai Anak Kurau, Batu Kurau, pada Sabtu.
Menurutnya, pendatang asing tanpa izin perlu mengambil peluang mendaftar dengan program itu sebelum hujung bulan ini.
Program itu diperkenalkan tahun lalu bagi memberi peluang kepada PATI untuk pulang atau bekerja di negara ini
Katanya, seramai 418,524 PATI telah mendaftar untuk bekerja di negara ini di di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang telah ditutup pendaftaran pada Disember tahun lalu.
Menurutnya, bilangan itu mampu untuk membantu majikan yang memerlukan pekerja ketika kerajaan masih belum membuka kemasukan pekerja asing hujung tahun lepas.
Di samping itu, katanya, sebanyak RM1 bilion bayaran levi telah berjaya dikutip sepanjang lima bulan pertama tahun ini.
Topic Berkaitan
#pati
#rekalibrasi
#pekerja asing
#majikan
#Hamzah Zainudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan