Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Rekod perubatan elektronik di hospital, klinik awam menjelang 2029

Bernama 15/11/2025 | 11:19 MYT
Dr Dzulkefly (foto) berkata pelaksanaan menyeluruh EMR akan dibuat secara berfasa bermula tahun depan melibatkan 16 hospital diikuti 25 hospital pada 2027, 46 hospital (2028) dan 49 hospital pada 2029. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan semua 150 hospital awam dan lebih 3,000 fasiliti kesihatan primer di seluruh negara dilengkapi sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) menjelang 2029.


Ringkasan AI
  • KKM menyasarkan 150 hospital awam dan lebih 3,000 fasiliti kesihatan primer dilengkapi sistem EMR menjelang 2029.
  • Pelaksanaan EMR akan berfasa bermula 2026 dengan 16 hospital, diikuti 25 hospital (2027), 46 hospital (2028) dan 49 hospital (2029).
  • 160 klinik kesihatan di negara ini telah dilengkapi CCMS, dengan kenaikan sasaran kepada 200 sebelum akhir tahun.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelaksanaan menyeluruh EMR akan dibuat secara berfasa bermula tahun depan melibatkan 16 hospital diikuti 25 hospital pada 2027, 46 hospital (2028) dan 49 hospital pada 2029.

"EMR dilaksanakan melalui dua komponen utama iaitu Sistem Pengurusan Klinikal Berasaskan Awan (Cloud-base Clinical Management System) (CCMS) bagi klinik kesihatan dan Sistem Maklumat Hospital (HIS) bagi hospital, ke arah satu warganegara, satu rekod," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Jelajah Wira MADANI bersempena Sambutan Jubli Perak Hospital Putrajaya (HPj), di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dzulkefly berkata setakat ini sebanyak 160 klinik kesihatan di seluruh negara telah dilengkapi CCMS dan jumlah itu disasarkan meningkat kepada 200 sebelum akhir tahun.

Beliau berkata menjelang 2029, lebih 3,000 fasiliti kesihatan primer meliputi klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, klinik komuniti dan klinik desa di seluruh negara dijangka beroperasi menggunakan sistem tersebut.

"Klinik kesihatan ialah tulang belakang kepada penjagaan kesihatan primer negara dan sistem ini penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di peringkat komuniti," katanya.

Menyentuh mengenai klinik daif di Sabah, Dzulkefly berkata usaha membina semula dan menaik taraf fasiliti berkenaan telah bermula 2018 dan terus dipergiat.

Beliau berkata RM76.28 juta diperuntukkan untuk menaik taraf 154 klinik kesihatan dan klinik desa di Sabah bagi tempoh tiga tahun sejak 2023.

"Kami masih lagi dalam proses (naik taraf), boleh saya sebutkan daripada klinik-klinik yang (ada di Sabah) termasuklah klinik kesihatan dan klinik desa, 70 peratus (daripada 154 klinik) hampir telah selesai kita laksanakan naik taraf," katanya sambil menambah pihaknya berharap dapat melaksanakan naik taraf itu secepat mungkin.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah hospital awam yang disasarkan untuk dilengkapi dengan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) menjelang tahun 2029?
    A: KKM menyasarkan semua 150 hospital awam untuk dilengkapi dengan EMR menjelang tahun 2029.
  • Q: Apa dua komponen utama pelaksanaan EMR yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan?
    A: Dua komponen utama ialah Sistem Pengurusan Klinikal Berasaskan Awan (CCMS) bagi klinik kesihatan dan Sistem Maklumat Hospital (HIS) bagi hospital.
  • Q: Berapakah jumlah klinik kesihatan di seluruh negara yang telah dilengkapi dengan CCMS sehingga kini?
    A: Sebanyak 160 klinik kesihatan telah dilengkapi dengan CCMS di seluruh negara dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 200 sebelum akhir tahun.
  • Q: Apakah jenis-jenis fasiliti kesihatan primer yang dijangka akan menggunakan sistem EMR menjelang 2029?
    A: Lebih 3,000 fasiliti kesihatan primer termasuk klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, klinik komuniti, dan klinik desa di seluruh negara dijangka akan menggunakan sistem EMR menjelang 2029.
  • Q: Berapakah jumlah klinik kesihatan dan klinik desa di Sabah yang disasarkan untuk naik taraf dan berapa peratus daripadanya telah selesai dilaksanakan?
    A: Sebanyak 154 klinik kesihatan dan klinik desa di Sabah disasarkan untuk naik taraf, dan 70 peratus daripadanya hampir selesai dilaksanakan.



#Dzulkefly Ahmad #KKM #EMR #hospital awam #fasiliti kesihatan primer