GADGETS

Rekod suhu tertinggi bumi dicatat tahun 2024 dijangka dipintas dalam tempoh lima tahun

Amanz 01/06/2025 | 05:20 MYT
WMO menjangkakan suhu ini berkemungkinan besar akan dipintas dalam lima tahun akan datang, dengan peningkatan suhu di Artik lebih tinggi daripada purata global. -Amanz
TAHUN 2024 sudah pun disahkan sebagai tahun paling panas pernah direkodkan sejak data mula diambil menurut laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah.


Ringkasan AI
  • Tahun 2024 disahkan sebagai tahun paling panas pernah direkodkan dengan purata suhu global 15.1C, iaitu 1.5C lebih tinggi daripada era praperindustrian.
  • WMO menjangkakan suhu ini berkemungkinan besar akan dipintas dalam lima tahun akan datang, dengan peningkatan suhu di Artik lebih tinggi daripada purata global.
  • Perubahan iklim semakin ketara dengan fenomena luar biasa seperti Gunung Fuji tanpa salji pada Oktober, kemusnahan habitat, dan kegagalan sasaran Perjanjian Iklim Paris untuk mengehadkan pemanasan global.


Purata suhu dunia pada tahun lalu adalah 15.1°C dan adalah kali pertama ia 1.5°C lebih panas berbanding suhu praperindustrian (1850-1900).

Minggu ini Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) pula menerbitkan laporan mengatakan terdapat kebarangkalian 80% suhu tahun lalu akan dipintas dalam masa lima tahun lagi.

Terdapat juga kebarangkalian lebih tinggi 86% ia akan melebihi 1.5°C suhu purata antara tahun 1850-1900.

Lebih merisaukan mereka turut meramalkan peningkatan suhu di kawasan Artik adalah lebih tinggi berbanding purata global.

Tahun lalu suhu purata tertinggi dicatatkan setiap bulan mendedahkan situasi perubahan iklim yang semakin serius.

Antara fenomena aneh tahun lalu ialah puncak Gunung Fuji tidak bersalji sepanjang Oktober seperti kebiasaannya.

Perubahan iklim telah pun menyebabkan kemusnahan habitat serta ancaman kepupusan terhadap flora dan fauna bumi.

Data daripada Copernicus menunjukkan sasaran Perjanjian Iklim Paris 2015 yang ingin menghadkan peningkatan suhu 1.5 ºC mungkin sudah pun gagal.

Pandemik enam tahun lalu memperlahankan peningkatan suhu global tetapi ia sekadar sementara sahaja.

Laporan WMO tahun ini dihasilkan degan bantuan 220 ahli serta model iklim uangh disumbangkan oleh Pusat Pengeluaran Global: Pusat Komputer Besar Barcelona, ​​Pusat Pemodelan dan Analisis Iklim Kanada, Deutscher Wetter Dienst, dan Met Office UK. -Amanz







#tahun paling panas #Pertubuhan Meteorologi Sedunia #Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah