IPOH: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun antara 369 individu yang ditahan polis Perak kerana disyaki menjadi penagih dan pengedar dadah.
Mereka ditahan di 11 lokasi berbeza dalam Op Sarang Khas Bersepadu polis Perak selama tiga hari bermula Ahad.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata ketika serbuan, siasatan awal mendapati remaja berkenaan disyaki penagih dadah selain tidak bersekolah.
Katanya kesemua tangkapan tersebut membabitkan individu berumur sehingga 60 tahun selain terdiri daripada 364 lelaki serta lima perempuan, termasuk 30 warga asing.
“Hasil daripada tangkapan tersebut itu juga, seramai 47 orang telah ditahan di bawah kesalahan pengedaran dadah, 140 orang bagi kesalahan memiliki dadah dan 181 orang penagih dadah.
“Daripada jumlah penagih dadah yang ditahan, seramai 142 orang penagih telah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Manakala 39 orang lagi penagih disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mior Faridalathrash turut memberitahu dalam tangkapan sama seorang lelaki telah ditahan di bawah Akta Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 serta 11 individu yang tersenarai dalam kategori orang yang dikehendaki.
“Nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM33,809.70 dengan pecahan 649.2 gram heroin, 81.5 gram syabu, 51.3 gram ganja, lapan biji pil Erimin 5, 3.3 gram ecstasy, 3 liter air ketum dan 9 kilogram daun ketum. Turut disita beberapa kenderaan dan wang tunai yang bernilai RM13,600,” katanya lagi.
Ujar Mior Faridalathrash Op Sarang Khas Bersepadu Perak atau Program Jihad Dadah berkenaan membabitkan 400 anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kontinjen Perak serta 30 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Menurutnya, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama antara masyarakat dengan pihak polis selain menambah polis Perak akan terus memperhebatkan lagi operasi pembanterasan aktiviti penagihan, penyeludupan dan pengedaran dadah.
Amirrul Rabbani
Tue Nov 23 2021
Mereka ditahan di 11 lokasi berbeza dalam Op Sarang Khas Bersepadu Polis Perak selama tiga hari bermula Ahad. - Foto PDRM
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Israel sifatkan keputusan UNGA memusnahkan piagam PBB
Duta Israel ke PBB Gilad Erdan sifatkan keputusan UNGA meluluskan resolusi UNSC mempertimbang dan menyokong keanggotaan penuh Palestin, sebagai keputusan memusnahkan piagam PBB.
50 orang maut dalam banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 50 orang maut, dan lebih 100 lagi cedera di Afghanistan akibat banjir susulan hujan lebat di wilayah utara Baghlan pada Jumaat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
PBB lulus resolusi majlis keselamatan pertimbang Palestin sebagai anggota penuh
Resolusi itu diluluskan dengan 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Selamat berkata insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan. Jelasnya, golongan wanita ini perlu berdiri di atas kaki sendiri selepas dibiar tergantung tidak bertali tidak wajar diabaikan daripada menerima manfaat yang dikhususkan untuk golongan ibu tunggal.
Remaja 13 tahun antara 369 penagih, pengedar dadah ditahan
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun antara 369 individu ditahan polis Perak kerana disyaki penagih dan pengedar dadah.