Skip to main content

Malaysia

Remaja 14 tahun ditemui lemas di tali air

81665329085_TBLEMASKELANTAN.jpg
TEMERLOH: Seorang remaja berusia 14 tahun yang hilang di tali air dekat Kampung Padang Lalang, di sini, ditemui maut dipercayai lemas malam ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan hilang di kawasan tali air itu kira-kira jam 8.28 malam, sebelum mayatnya ditemui jam 9.25 malam.

"Mangsa telah berjaya ditemukan oleh anggota bomba pada jam 9.25 malam pada jarak 10 meter dari tempat dia dilapor hilang.

"Terdahulu, mangsa dipercayai bermain atau mandi di kawasan tali air itu sebelum pihak bomba menerima laporan kehilangan remaja terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, di sini, bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan.

Advertisement

Must Watch Video