awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Bernama
Bernama
20/07/2025
13:10 MYT
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Segamat, di belakang sebuah taman rekreasi, petang tadi. - Gambar fail
SEGAMAT: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Segamat, di belakang sebuah taman rekreasi di sini, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Penolong Penguasa Bomba Mohd Hazim Abd Razak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan remaja itu pada 4.08 petang.
"Pasukan bomba membuat pencarian di sepanjang sungai menggunakan bot dan mangsa ditemukan di tebing sungai kira-kira lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hazim berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 11 anggota bomba ditamatkan pada 6.40 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lelaki
#ditemukan lemas
#mandi sungai
#Sungai Segamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan