awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 17 tahun mengaku rogol pelajar Tingkatan 1

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2022
22:10 MYT
Remaja 17 tahun mengaku rogol pelajar Tingkatan 1
Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun bulan lalu. -Gambar hiasan
PARIT BUNTAR: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun bulan lalu.
Tertuduh berusia 17 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah di Tanjung Piandang di sini, kira-kira jam 1.10 petang pada 7 Mei lalu.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya membenarkan remaja itu diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai ini bagi sebutan semula kes sementara mendapatkan laporan perubatan.
Difahamkan remaja lelaki itu ditahan polis pada Khamis lalu selepas menerima laporan dibuat wanita berusia 56 tahun yang mendakwa cucunya telah dirogol pada 25 Mei lalu.
Mangsa mendakwa turut diraba oleh bapa suspek berusia 48 tahun yang merupakan jiran baharu di kawasan itu.
Bapa suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret Parit Buntar
#Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi
#Tanjung Piandang
#rogol pelajar perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan