awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja autistik ditemukan lemas di jeti Marina Bay

Bernama
Bernama
04/11/2024
13:19 MYT
Remaja autistik ditemukan lemas di jeti Marina Bay
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung sekitar 7.30 pagi.
MUAR: Seorang remaja lelaki autistik yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya Sabtu lepas ditemukan lemas di jeti Marina Bay di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung sekitar 7.30 pagi.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati mayat yang dijumpai menunjukkan persamaan dengan pakaian terakhir dipakai mangsa yang dilaporkan hilang itu.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke unit forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini bagi tujuan pengecaman dan bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis sudah membuka kertas siasatan bawah kematian mengejut (SDR).
Raiz Mukhliz berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 50 tahun semalam mengenai anak lelakinya didapati keluar dari rumah mereka di Bakri di sini dan memaklumkan kali terakhir dia bertemu dengan anaknya itu kira-kira 11.30 malam, Sabtu lepas.
Beliau berkata bapa mangsa yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan turut menyatakan mangsa sering keluar dari rumah tanpa pengetahuannya.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Suhaimi Ahmad di talian 013-3975290 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9566001 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja autistik
#lemas
#jeti marina bay
#OKU
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan