awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja autistik hilang ditemukan lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2024
10:30 MYT
Remaja autistik hilang ditemukan lemas
Mayat mangsa bawa ke ke Unit Forensik HPSF bagi tujuan pengecaman dan bedah siasat. - Foto/ IPD Muar
MUAR: Kehilangan seorang remaja autistik sejak Ahad berakhir tragedi apabila mayatnya ditemukan di Jeti Marina Bay di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mayat remaja lelaki berusia 14 tahun itu ditemukan pada jam 7.30 pagi.
“Hasil pemeriksaan dan siasatan pihak polis mendapati mayat yang dijumpai menunjukkan persamaan dengan pakaian terakhir yang dipakai mangsa ketika hilang.
“Justeru, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Fatimah (HPSF), di sini bagi tujuan pengecaman dan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, polis juga sudah membuka kertas siasatan bawah kematian mengejut (SDR).
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Suhaimi Ahmad di talian 013-3975290 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9566001 atau mana-mana balai berdekatan.
Pada Ahad, bapa mangsa membuat laporan polis di IPD Muar sekitar jam 3.25 petang berhubung kehilangan mangsa.
Lelaki berusia 50 tahun itu berkata dia turut memaklumkan bahawa anaknya merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) telah keluar dari rumah tanpa pengetahuannya.
Katanya, bapa mangsa yang juga OKU penglihatan memaklumkan kali terakhir berjumpa anaknya pada jam 11.30 malam Sabtu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja autistik
#lemas
#remaja autisme
#remaja hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan