awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja bawah umur terpedaya tawaran gaji lumayan sindiket judi dalam talian

Bernama
Bernama
24/06/2021
21:00 MYT
Remaja bawah umur terpedaya tawaran gaji lumayan sindiket judi dalam talian
Sindiket itu menjalankan operasi di sebuah kondominum yang disewa dengan harga RM10,000. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Empat remaja bawah umur merupakan antara 20 individu yang ditahan kerana dipercayai terbabit dengan sindiket perjudian dalam talian dan pelaburan tidak wujud ketika serbuan polis di sebuah kondominium mewah di Jalan Tun Razak di sini malam tadi.
Keempat-empat remaja berusia lingkungan 16 hingga 18 tahun itu ditawarkan gaji lumayan iaitu RM3,500 sebulan dan tempat tinggal di Kuala Lumpur menerusi aplikasi WeChat untuk bekerja di pusat khidmat pelanggan.
Difahamkan, mereka dibawa oleh pemandu yang diupah sindiket dari selatan tanah air dengan menaiki van atau kereta.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Nasri Mansor berkata sindiket itu menjalankan operasi di sebuah kondominum yang disewa dengan harga RM10,000.
Beliau berkata dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam, 20 individu terdiri daripada 16 lelaki termasuk seorang warga China dan empat wanita termasuk seorang warga Vietnam yang berperanan sebagai pembantu rumah ditahan.
"Ada antara mereka cuba melarikan diri dan merebus nombor akaun dipercayai milik mangsa bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan malam tadi.
Nasri berkata mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja bawah umur
#judi dalam talian
#gaji lumayan
#kondominium mewah
#Jalan Tun Razak
#pelaburan
#Akta Imigresen
#WeChat
#Pusat Khidmat Pelanggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan