awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi benarkan Capital A kurangkan modal, usaha keluar daripada status PN17
'Bukan saya, saya baru ‘clock in’ selepas Kamar Khas' - Kah Woh
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja cedera dipukul angkara telefon bimbit

Bernama
Bernama
21/07/2024
12:08 MYT
Remaja cedera dipukul angkara telefon bimbit
Mohd Shahril berkata tiga pelajar itu direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah. - Gambar PDRM
KUANTAN: Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata mangsa berusia 14 tahun yang telah menerima 40 jahitan di bahagian kepala telah membuat laporan pada 11.18 pagi semalam dan mendakwa dipukul tiga remaja lelaki dikenalinya itu sekitar 10.15 malam di Taman Sempalit Aman, Raub.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila tiga remaja berusia lingkungan 16 hingga 17 tahun itu tidak berpuas hati dengan mangsa kerana tidak menggantikan semula telefon bimbit baharu yang telah dirosakkan oleh adik lelakinya secara tidak sengaja beberapa minggu lepas.
"Mangsa mendakwa dipukul menggunakan tangan sebelum dia terjatuh ke dalam longkang. Usaha mengesan saksi kejadian sedang dijalankan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Shahril berkata tiga pelajar itu direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub menerusi talian 09-3552 222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telefon bimbit
#membantu siasatan
#cedera parah
#pelajar sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan