awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja dilapor hilang empat hari ditemukan di Ampang

Bernama
Bernama
19/06/2022
07:09 MYT
Remaja dilapor hilang empat hari ditemukan di Ampang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, remaja lelaki yang dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan di Jalan Seraya Kampung Melayu Ampang dekat sini, awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang Khamis lepas ditemukan di Jalan Seraya Kampung Melayu Ampang dekat sini, awal pagi tadi.
Ali Imran Naseruddin, 16, ditemukan dalam keadaan selamat pada 3.05 pagi.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata, remaja lelaki itu ditemukan dalam keadaan baik oleh sepasukan anggota kereta peronda polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dan kes tersebut telah selesai.
Sementara itu, ibu Ali Imran, Wan Esuriyanti Wan Ahmad menerusi hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih dan syukur apabila anak lelakinya ditemukan dalam keadaan selamat.
"Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga, rakan dan polis yang berterusan membantu dan menyokong untuk membawa Ali pulang. Ali kini sihat, biarpun agak keletihan.
"Harapan kami, agar tiada ibu bapa yang perlu mengharungi keadaan ini dan tiada anggapan buruk ke atas Ali, dia mempunyai sebab sendiri," katanya.
Sebelum ini, Ali Imran dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya dan pemeriksaan kamera litar tertutup pos kawalan mendapati remaja tersebut berjalan kaki seorang diri keluar dari kawasan perumahan Nilam Terraces, Bandar Bukit Puchong 2, Selangor pada 3.57 pagi, Khamis lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja dilapor hilang
#Ali Imran Naseruddin
#Jalan Seraya Kampung Melayu Ampang
#Wan Esuriyanti Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan