Remaja dirogol dua lelaki Rohingya sebelum ditinggalkan di taman permainan

Afiezy Azaman
September 20, 2023 00:30 MYT
Mangsa dibawa menaiki kereta dan bersiar-siar sebelum dirogol kedua-dua lelaki Rohingya terbabit dan ditinggalkan di taman permainan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Rohingya ditahan selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan di Klebang, Melaka.
Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, pihaknya menerima laporan dibuat oleh abang mangsa, pada Jumaat lalu.
"Siasatan mendapati mangsa yang berusia 15 tahun telah keluar dari rumah pada jam 2 petang, Khamis lalu untuk bersiar-siar bersama seorang lelaki Rohingya yang dikenalinya dengan menaiki motosikal.
"Mereka kemudian bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya di sebuah restoran.
"Kemudian mangsa dibawa menaiki kereta dan bersiar-siar sebelum dirogol kedua-dua lelaki Rohingya terbabit dan ditinggalkan di taman permainan di kawasan Batu Berendam," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Zainol berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan pakar perubatan Hospital Melaka mendapati terdapat koyakan baharu pada kemaluan mangsa.
"Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 dan 27 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan reman diperoleh selama tujuh hari hingga 21 September.
Kes disiasat di bawah seksten 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
#remaja #rogol #Rohingya #Zainol Samah