[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Remaja hampir lemas dihanyut kepala air ketika mandi sungai

Sinar Harian 19/04/2025 | 05:05 MYT
Pasukan bomba menggunakan peralatan tali dan pelampung untuk membawa mangsa keluar.
REMBAU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 100 meter ketika mandi di sungai Bukit Kledang Kota di sini pada Jumaat.
Dikatakan mangsa bersama seorang rakan ke sana untuk mandi-manda sebelum berlaku kejadian kepala air.
Rakannya sempat menyelamatkan diri lari ke tebing sementara mangsa terperangkap di atas beting pasir di tengah sungai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Zaini Salleh berkata, bilik gerakan menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.10 petang.
Menurutnya, pasukan bomba menggunakan peralatan tali dan pelampung untuk membawa mangsa keluar.
"Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar sekitar jam 6.30 petang sebelum diserahkan kepada keluarga.
"Operasi kemudian ditamatkan jam 6.50 petang," katanya. - Sinar Harian
#kepala air #Rembau #mandi sungai #Bukit Kledang Kota