LIPIS: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang setelah dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Tanjong Besar, Kuala Kenong, dekat sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata, Siti Norfatimah Md Idin dipercayai keluar dari rumahnya pada pukul 9 pagi 25 Mei untuk menghantar baju kepada rakan di stesen kereta api Batu 9.
Dia kemudiannya tidak pulang ke rumah sehingga kini.
Menurut Azli, remaja berkenaan dipercayai dilihat kali terakhir oleh bapa saudaranya bernama Ahmad Man yang tinggal berdekatan rumah mangsa.
"Menerusi aduan yang kita terima, mangsa telah dihantar oleh bapa saudaranya itu ke stesen kereta api Batu 9 kerana hendak menghantar baju kepada rakannya.
"Setelah tiba di stesen kereta api itu, Siti Norfatimah meminta Ahmad pulang dahulu ke rumah sambil memberitahu, bapanya akan datang menjemputnya kemudian," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Azli berkata, berikutan anaknya tidak pulang ke rumah menjelang malam, bapa remaja terbabit, Md Idin Man, seorang penoreh getah, bertindak membuat laporan polis semalam.
"Menyedari Siti Norfatimah tidak pulang menjelang malam, bapanya mula mencari di merata tempat dengan bantuan penduduk Kuala Kenong, termasuk bertanyakan kepada rakannya.
"Kemudian, setelah usaha mencari gagal, bapanya membuat aduan polis. Kes diklasifikasi sebagai orang hilang. Polis telah membuka kertas siasatan untuk menjejaki remaja tersebut," ujarnya.
Orang ramai yang melihat atau menemui remaja perempuan itu diminta menyalurkan maklumat ke IPD Lipis menerusi talian 09 3122222 (Inspektor Muhammad Faiz Arif Pauzi) atau mana-mana balai polis berhampran.
Norfarhiza Mohd Atar
Sat May 28 2022
Siti Norfatimah dipercayai keluar dari rumahnya pada 25 Mei lalu untuk menghantar baju kepada rakannya di stesen kereta api Batu 9. - Foto PDRM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Orang hilang: Polis minta bantuan kesan Noraqilah
Noraqilah, 19, dipercayai kali terakhir dilihat keluar daripada rumah untuk ke tempat kerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.
Polis mohon bantuan kesan Puteri Damia Darwisyah yang hilang sejak Ahad
Puteri Damia Darwisyah Abdullah berketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 kilogram serta berkulit sawo matang.
Polis minta bantuan orang ramai kesan Siti Nur Balqis
Siti Nur Balqis Muhafuddin yang berbangsa Melayu dan mempunyai warna kulit kuning langsat.
Polis kesan remaja perempuan hilang
Gadis itu dikenali sebagai Gayathri, 17, berkulit gelap, bertubuh gemuk dan beralamat di Jalan Pasir Puteh di sini, yang kali terakhir dilihat ahli keluarga pada 8 April.
Remaja lari dari asrama ditemui selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama di sebuah sekolah menengah pada awal pagi berjaya ditemui di sebuah kedai serbaneka di sini pada malam Rabu.
Polis kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Shalini Krishnan kali terakhir dilihat berada di rumahnya sekitar jam 6.55 pagi.
Remaja perempuan hilang dari inap desa ditemui selamat, 'diculik' kerana cinta
Polis menahan tiga individu termasuk teman lelaki remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari inap desa di Taman Salak Maju di sini, pada Ahad lalu.
Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
S Madhumitra beralamat di No 89, Laluan Buntong Jaya 8, Buntong 3 Tambahan, Taman Rishah, Ipoh.
Remaja perempuan hilang di Bercham ditemukan selamat di Selangor
Maizatul Asikin Abdullah ditemukan orang awam di sebuah restoran di Sungai Buloh, kira-kira jam 3 petang Rabu.
Remaja hilang lepas hantar baju kepada rakan
Pelajar itu dipercayai keluar dari rumahnya pada 25 Mei lalu, pada pukul 9 pagi untuk bertemu rakan di stesen kereta api Batu 9.