awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja hilang sejak Jumaat bermalam di rumah rakan, takut dimarahi penjaga - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/08/2024
09:16 MYT
Remaja hilang sejak Jumaat bermalam di rumah rakan, takut dimarahi penjaga - Polis
Shahrulnizam Ja'afar berkata, Alief Daniel Ghazally Abdul Ghaniy telah pulang ke rumahnya pada Sabtu.
PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan dua yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan PJS 2C, di sini, sejak Jumaat lalu dipercayai tinggal di rumah rakan kerana bimbang dimarahi penjaga selepas dipanggil ke sekolah berkaitan kes gaduh.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, Alief Daniel Ghazally Abdul Ghaniy pulang ke rumahnya pada Sabtu.
Beliau memberitahu, pihaknya akan merakam keterangan remaja itu
"Remaja berkenaan telah pulang semalam (Sabtu), laporan diterima pada hari sama dan keterangan lanjut akan dirakam hari ini (Ahad).
"Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati remaja itu bermalam di rumah kawannya di blok berlainan, di kawasan perumahan yang sama.
"Difahamkan remaja tersebut takut pulang ke rumah kerana khuatir penjaganya dipanggil ke sekolah berkaitan kes gaduh," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Jumaat lalu, polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang.
Shahrulnizam dilaporkan berkata Alief Daniel Ghazally kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Jalan PJS 2C, Petaling Jaya kira-kira jam 11.50 pagi Khamis.
Topic Berkaitan
#orang hilang
#Polis Diraja Malaysia
#Alief Daniel Ghazally Abdul Ghaniy
#tinggal di rumah rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan