Skip to main content

Malaysia

Remaja hilang selepas merajuk dilarang tunggang motosikal ke sekolah

PDRM
Remaja berkenaan dilaporkan keluar dari rumah keluarganya di Kampung Tasik Permai, Ampang, di sini, sejak 20 Ogos lalu. -Gambar hiasan/Bernama
Advertisement

AMPANG JAYA: Merajuk kerana tidak dibenarkan menunggang motosikal ke sekolah dipercayai menjadi punca seorang remaja lelaki keluar dari rumah pada Selasa.

Remaja berkenaan dilaporkan keluar dari rumah keluarganya di Kampung Tasik Permai, Ampang, di sini, sejak 20 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja lelaki kira-kira jam 1.45 petang pada Isnin.

Menurutnya, bapa remaja berkenaan memaklumkan anaknya sudah keluar dari rumah sejak 20 Ogos lalu.

"Remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 145 sentimeter, berat 45 kilogram, berkulit cerah dan tidak memakai cermin mata," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata remaja berkenaan bagaimanapun pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi pada Selasa.

"Hasil pemeriksaan mendapati remaja berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan mendapati remaja terbabit dipercayai merajuk selepas bapanya tidak membenarkannya menunggang motosikal ke sekolah," katanya. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement