MALAYSIA
Remaja jatuh motosikal maut dirempuh, polis nasihat ibu bapa pantau anak
Polis sedang mengesan dua penunggang motosikal yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian. - Gambar/ FB Sanusie Ibrahim Channel
KLANG: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum dirempuh dua motosikal lain di Kilometer 21 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.35 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di tengah jalan.
“Selepas kejadian tersebut, mangsa tercampak ke lorong kanan sebelum dirempuh dua motosikal lain yang datang dari arah sama.
“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua penunggang motosikal lain dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, usaha sedang dijalankan bagi mengesan kedua-dua penunggang motosikal terbabit untuk membantu siasatan.
“Polis menyeru semua individu terlibat serta saksi kejadian supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.
Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kamalariffin turut menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing dan mengetahui dengan siapa mereka bergaul.
“Penting bagi ibu bapa memastikan anak-anak tidak terlibat dalam aktiviti berisiko atau terdedah kepada gejala sosial negatif,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi peraturan serta had laju ditetapkan.
“Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Sikap peka dan berdisiplin ketika menunggang atau memandu boleh mengelakkan tragedi seumpama ini daripada berulang,” katanya.
Ringkasan AI
- Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan dirempuh dua motosikal lain di Kilometer 21 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) sekitar jam 3.35 pagi Ahad.
- Polis sedang mengesan dua penunggang motosikal yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian; siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak dan mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi peraturan demi keselamatan bersama.