awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki 14 tahun jadi korban pertama banjir di Johor

Bernama
Bernama
07/02/2016
10:16 MYT
Remaja lelaki 14 tahun jadi korban pertama banjir di Johor
Menurut bomba, remaja itu dikenali sebagai Abdul Hadi Abdul Hamid dipercayai lemas ketika sedang mandi bersama-sama dua rakannya pada kira-kira 2.30 petang. - Sumber foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menjadi korban pertama banjir di Johor apabila lemas ketika mandi di parit di Kampung Tanjung Labuh, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak Azhar Elmi Mustofar berkata remaja itu dikenali sebagai Abdul Hadi Abdul Hamid dipercayai lemas ketika sedang mandi bersama-sama dua rakannya pada kira-kira 2.30 petang.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 2.53 petang telah menggerakkan sebuah jentera dan kenderaan utiliti bersama-sama lapan anggota serta dua pegawai ke lokasi kejadian.
"Usaha mengesan dan mencari mangsa dilakukan pada kira-kira 3.06 petang dan pada 3.14 petang, bomba berjaya menemukan dan mengeluarkan mangsa dari dasar parit sedalam kira-kira 3.6 meter," katanya ketika dihubungi hari ini.
Daerah Ledang dilanda banjir susulan hujan lebat semalam dan setakat 12 tengah hari ini, 59 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sialang Tengah di sini.
Topic Berkaitan
#banjir
#Johor
#Kampung Tanjung Labuh
#ledang
#lemas
#remaja lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan