awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki 19 tahun maut dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2014
02:40 MYT
Remaja lelaki 19 tahun maut dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki
Seorang remaja lelaki maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki di Ocean View, Sungai Pinang awal pagi tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Ameer Mustaqim Naharuddin , 19 tahun dari Jelutong, bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Sains Malaysia (USM) parah dipukul di bahagian kepala menggunakan topi keledar. Dia mati ditempat kejadian .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, mangsa bersama tiga rakannya dipercayai berada di kawasan tepi pantai sebelum bertembung dengan sekumpulan lelaki yang turut berada di kawasan berkenaan.
“Si mati telah dipukul dengan topi keledar oleh sekumpulan empat hingga lima lelaki. Hasil siasatan, si mati dengan kawannya yang berusia sekitar 16 hingga 19 tahun, pergi ke kawasan sekumpulan lelaki berkumpul. Tidak lama kemudian si mati telah diserang di bahagian kepala dan kumpulan yang satu lagi telah melarikan diri dari tempat kejadian. Polis juga menemui beberapa tin arak dan visor yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya.
Kes kini disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang melihat kejadian tersebut di minta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#bunuh
#George Town
#jenayah
#mazlan kesah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan