awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat

Bernama
Bernama
18/04/2025
14:10 MYT
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat bersama abang dan sepupu lelakinya di sungai di Jalan Batu Kawan hari ini. - Gambar fail
BATU KAWAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat bersama abang dan sepupu lelakinya di sungai di Jalan Batu Kawan di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2 petang memaklumkan remaja berusia 15 tahun itu hilang di muara sungai terbabit.
"Menurut abang mangsa, mereka bertiga datang ke sungai itu untuk memukat.
"Mangsa telah menyelam ke dalam sungai bagi melepaskan jala yang tersangkut, namun tidak timbul menyebabkan abangnya menghubungi pihak bomba," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat remaja itu yang dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dilakukan dengan kaedah pencarian di permukaan air dan selaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lelaki
#dikhuatiri lemas
#Jalan Batu Kawan
#JBPM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan