Remaja lelaki hilang di loji air ketika memancing ditemui lemas

Ifti Femida
Mac 30, 2022 03:38 MYT
Mayat Muhammad Farmirul Mahamad Faudzi, 14, ditemui penduduk kampung kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh. -Astro AWANI
BENTONG: Remaja lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam loji air Felda Mempaga dekat Karak, di sini, dijumpai meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Muhammad Farmirul Mahamad Faudzi, 14, ditemui penduduk kampung kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.
BACA: Remaja dikhuatiri lemas ketika memancing di loji air
"Dalam kejadian jam 5.53 petang semalam, mangsa dari Taman Mempaga Utama Karak dikatakan terjatuh ketika memancing di loji berkenaan.
"Pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian membuat operasi pencarian di kawasan sekitar loji sebelum dimaklumkan mayat mangsa telah berjaya dijumpai oleh penduduk kampung," katanya, di sini, hari ini.
Tambah beliau, jenazah Muhammad Farmirul diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #Muhammad Farmirul Mahamad Faudzi #loji air Felda Mempaga #terjatuh ketika memancing