awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki laku aksi 'wheelie' direman, teman wanita bebas

Sinar Harian
Sinar Harian
02/05/2023
05:32 MYT
Remaja lelaki laku aksi 'wheelie' direman, teman wanita bebas
Remaja lelaki yang menunggang motosikal dengan teman wanitanya dengan membuat aksi 'wheelie' di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman pada Ahad telah ditahan reman. -Video tular
KUANTAN: Remaja lelaki yang menunggang motosikal dengan teman wanitanya dengan membuat aksi 'wheelie' di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman pada Ahad telah ditahan reman.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, remaja lelaki yang menetap di Kampung Balok di sini direman selama empat hari hingga 5 Mei ini.
"Penahanan reman dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Suspek kedua yang merupakan kekasihnya pula dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Pada Ahad, tular satu video berdurasi 54 saat itu di laman sosial, selepas pasangan tersebut melakukan aksi wheelie di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman.
Kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu ditahan pihak polis di hadapan rumah lelaki terbabit di Kampung Balok di sini pada Isnin.
Wan Mohd Zahari berkata, siasatan diteruskan dan akan mendapatkan arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.
"Kita jangka suspek akan dituduh di mahkamah pada 5 Mei ini," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wheelie
#Jalan Chendor Kuantan
#Kampung Balok
#Remaja lelaki tunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan