[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Remaja lelaki lemas di Tasir Biru Kundang

Bernama 26/09/2015 | 00:43 MYT
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. - Gambar Fail
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun lemas di Tasik Biru Kundang, Rawang pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Mohd Aminudin Aswad Shafie ditemui pada 8.47 malam tadi.
"Kami terima panggilan kecemasan pada 5.45 petang. Lapan anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor diarahkan ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, pada malam Jumaat.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
#Balai Bomba dan Penyelamat Rawang serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor #Hospital Sungai Buloh #Mohd Sani Harul #Tasik Biru