[LAPOR LANGSUNG] 9 Aktivis Malaysia Pulang dari Misi Gaza – Ikuti Ketibaan Mereka di KLIA Sekarang!
MALAYSIA

Remaja lelaki maut nahas enam kenderaan

Bernama 12/10/2025 | 07:15 MYT
Kemalangan bermula dengan insiden tiga motosikal sebelum melibatkan bas, kereta dan van yang tidak sempat mengelak. -Foto IPD Batu Pahat
BATU PAHAT: Seorang remaja lelaki 14 tahun maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Kilometer 75.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan) di Ayer Hitam di sini, awal pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Remaja lelaki berusia 14 tahun maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Ayer Hitam
  • Kemalangan bermula dengan insiden tiga motosikal sebelum melibatkan bas, kereta dan van yang tidak sempat mengelak
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, seorang lagi remaja cedera pada tangan dan kaki


Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata Muhammad Ammar Zafran Khairul Nizam yang membonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kerana cedera parah pada kepala, tangan dan kaki.

Beliau berkata kejadian membabitkan masing-masing sebuah bas, kereta dan van serta tiga motosikal berlaku pada 2.30 pagi.

"Kemalangan awal melibatkan tiga motosikal menyebabkan penunggang dan pembonceng sebuah motosikal tercampak dan jatuh di jalan raya lalu mengakibatkan kemalangan susulan membabitkan sebuah bas, kereta serta van yang tidak sempat mengelak.

"Kemalangan juga menyebabkan penunggang motosikal sama iaitu remaja lelaki 16 tahun cedera pada tangan dan kaki," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


#remaja lelaki maut #Lebuhraya Utara-Selatan #AYER HITAM #nahas tiga motosikal