awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeju Air haramkan penggunaan bateri mudah alih
MIC masih bersama BN, dakwaan keluar hanya spekulasi - Zambry
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas ketika mandi air terjun di Yan

Bernama
Bernama
19/10/2025
15:30 MYT
Remaja lemas ketika mandi air terjun di Yan
Operasi mencari di permukaan air dilakukan sebelum anggota turut menyusuri sungai bagi mengesan mangsa.
ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Air Terjun Sungai Teroi, Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, di Yan, kira-kira 40 kilometer dari sini, petang ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.18 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan digerakkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, bomba dimaklumkan bahawa seorang remaja lelaki dipercayai lemas ketika mandi di kawasan air terjun bersama rakan-rakannya.
"Operasi mencari di permukaan air dilakukan sebelum anggota turut menyusuri sungai bagi mengesan mangsa. Remaja berkenaan ditemukan pada pukul 8.40 malam kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang," katanya.
Menurut kenyataan itu, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lemas
#mangsa lemas
#mandi air terjun
#sungai teroi
#lubuk kawah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan