MALAYSIA
Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas mandi bersama empat rakannya di sungai berdekatan Kampung Gayung petang tadi. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas mandi bersama empat rakannya di sungai berdekatan Kampung Gayung di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa TPgB II Alam Nasut Ilias berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.58 petang.
"Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 6.06 petang.
"Mangsa telah dijumpai orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami