awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan

Bernama
Bernama
14/03/2024
12:54 MYT
Remaja lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan
Raiz Mukhliz berkata siasatan mendapati mangsa telah terjatuh dan cuba dibantu oleh rakan-rakannya namun usaha mereka gagal. - Gambar Sinar Harian
MUAR: Seorang remaja berusia 15 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air di sebuah kawasan kebun kelapa sawit di Parit Shafie, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam kenyataan berkata ketika kejadian pada 4.57 petang itu, Muhammad Adam Aqasha Abdullah pada mulanya bermain air bersama tujuh rakannya.
Beliau berkata siasatan mendapati mangsa telah terjatuh dan cuba dibantu oleh rakan-rakannya namun usaha mereka gagal.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dilakukan anggota dan pasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar," katanya dan menambah mayat mangsa ditemukan di dasar kolam pada 9.45 malam dan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar Pengusaha Bomba Kanan I Johar Tumin berkata sembilan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
Menurut Johar mayat remaja itu ditemukan pada kedalaman tiga meter dengan jarak dua meter dari tebing mangsa terjatuh selepas pihak bomba melakukan teknik pencarian permukaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kolam Tadahan Air
#lemas
#SAR
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan