KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal ditunggang keduanya bertembung dalam kejadian berdekatan Makam Diraja Terengganu, Kampung Kubang Parit di sini semalam.
Nahas berlaku sekitar jam 7.04 malam itu meragut nyawa seorang pembantu kedai makan, Amirul Amin Abdussalam, 15, akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.
Seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Panji Alam, Muhammad Alahudin Fazlee, 14, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian Amirul Amin yang beralamat di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar di sini menunggang motosikal jenis Yamaha Y15.
Katanya, mangsa dikatakan dalam perjalanan menuju ke Makam Diraja Terengganu dari Kampung Panji di sini.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaikinya tidak sempat mengelak sebuah lagi motosikal jenis Honda C70 ditunggang Muhammad Alahudin yang datang dari arah bertentangan.
"Motosikal itu dikatakan tiba-tiba membelok ke kanan untuk menyeberang jalan menyebabkan kedua-duanya bertembung dan salah seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.
Azli berkata, berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
"Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 01 2024

Keadaan di lokasi kejadian selepas dua buah motosikal ditunggang dua remaja bertembung berdekatan Makam Diraja Terengganu, Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Sinar Harian
Catat jualan RM154 bilion pada MAC 2025
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh subsektor dalam perdagangan runcit dan borong.
Pembinaan pesawat rondaan maritim TUDM capai 60 peratus
Pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim atau maritime patrol aircraft (MPA) model p-72m untuk Tentera Udara Diraja Malaysia kini telah mencapai kemajuan lebih 60 peratus.
Perubahan tarif AS-China beri kesan pengeluar sarung tangan
Sebarang perubahan dalam struktur tarif antara Amerika Syarikat dan China dijangka memberi kesan langsung kepada pengeluar sarung tangan di Malaysia.
Apple pertimbang naikkan harga iPhone baharu
Apple sedang mempertimbangkan menaikkan harga produk iPhone baharu sejajar dengan penambahan ciri-ciri baharu dan perubahan reka bentuk.
Mexico bantah penggantungan import lembu oleh A.S.
Mexico menyatakan bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung import haiwan ternakan berikutan kebimbangan terhadap kehadiran cacing skru.
Pelan Kemajuan Halal 2030 bakal dilancarkan tahun ini
Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 sedang diperhalusi dan akan dilancarkan tahun ini, bagi memperkasakan ekosistem halal negeri secara menyeluruh.
Keputusan subsidi RON95 akan ambil kira ekonomi semasa
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
UMS wujudkan Grid Centre pertama di Kepulauan Borneo
Universiti Malaysia Sabah (UMS) wujudkan pusat data infrastruktur hijau tahan lasak atau grid center yang pertama di kepulauan Borneo.

Nahas FRU: Kerosakan lori tidak patut berlaku jika ujian Puspakom dipatuhi - Ahmad Zahid
Perkara itu tidak akan berlaku jika kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan secara berkala.
Perkembangan nahas trak FRU
Khalis Khadir bawakan perkembangan terkini nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Perskeutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.

14 kanak-kanak ditahan di utara England selepas remaja maut dalam kebakaran
Kebakaran berlaku berhampiran taman perindustrian Fairfield di kawasan Bill Quay, Gateshead pada petang Jumaat.

Remaja perempuan maut diserang singa di Nairobi
Mangsa dikatakan telah dibaham dari sebuah kawasan kediaman di sebuah ladang berhampiran Taman Negara Nairobi.

Remaja maut kemalangan dengan jip
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 16 tahun dan berasal dari Kampung Surau Haji Daud.

Bapa tak sangka lihat kemalangan anak sendiri
Kemalangan berlaku apabila kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu merempuh tiang elektrik, pokok kelapa dan hentian bas.

Dua remaja lepasan SPM maut, tiga parah kereta terbabas langgar penghadang jalan
Kemalangan melibatkan lima mangsa lelaki berusia 18 tahun, di mana dua daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM.

Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik
Mohamad Syakirul Faqeh dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.

Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang
Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri bahu jalan di Jalan Kilometer 3 Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Sabtu.

Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT
APAD menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas susulan kematian seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik.

Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.