MALAYSIA
Remaja maut, dua motosikal terbakar di Lebuhraya Senai-Desaru
Kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan dan melanggar MPV, menyebabkan mangsa tercampak dan motosikal terbakar akibat kebocoran tangki minyak. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut, manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal yang mereka tunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum kedua-dua motosikal terbakar, awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
Kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi di Kilometer 46, Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Ulu Tiram.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, nahas membabitkan sebuah MPV jenis Perodua Alza dan dua motosikal jenis Yamaha Y15 dan Yamaha LC135.
“Siasatan awal mendapati MPV dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun sedang bergerak lurus menuju ke arah Ulu Tiram.
“Motosikal mangsa bersama rakannya pula datang dari arah bertentangan. Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan melanggar MPV terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan, manakala rakannya berusia 15 tahun berada di belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal mangsa.
“Beberapa minit kemudian, kedua-dua motosikal tersebut tiba-tiba terbakar dipercayai akibat kebocoran tangki minyak susulan kemalangan.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya hanya cedera ringan dan pemandu MPV tidak mengalami kecederaan," ujarnya. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal mereka bertembung dengan MPV di Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi Ahad.
- Kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan dan melanggar MPV, menyebabkan mangsa tercampak dan motosikal terbakar akibat kebocoran tangki minyak.
- Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala rakannya dan pemandu MPV tidak mengalami kecederaan serius.