awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut kemalangan dengan jip

Bernama
Bernama
18/04/2025
03:00 MYT
Remaja maut kemalangan dengan jip
Keadaan jip selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, awal pagi ini, dan motosikal mangsa yang bertembung dengannya. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah jip di Jalan Kampung Atas Tol, kira-kira 1 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 16 tahun dan berasal dari Kampung Surau Haji Daud di sini maut di lokasi kejadian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa datang dari arah Kampung Pengadang Baru menghala ke Kampung Surau Haji Daud manakala pemandu jip dalam perjalanan pulang dari Kampung Kedai Buluh menuju ke Kampung Atas Tol.
"Mangsa yang menunggang motosikal sedang bergerak terus sebelum jip yang datang dari arah bertentangan membelok masuk ke simpang kiri dan melanggar motosikal mangsa.
"Penunggang motosikal maut di lokasi namun pemandu jip tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Azli berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja maut
#penunggang motosikal maut
#Kuala Terengganu
#jip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan