Skip to main content

Malaysia

Remaja maut, lima cedera kereta dinaiki terbabas langgar pokok

Seorang remaja maut, manakala lima lagi cedera setelah kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok berhampiran surau di Kampung Jalan Baru, Simpang Lima, Batu Pahat, malam tadi. - Gambar JBPM
Seorang remaja maut, manakala lima lagi cedera setelah kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok berhampiran surau di Kampung Jalan Baru, Simpang Lima, Batu Pahat, malam tadi. - Gambar JBPM

Advertisement

BATU PAHAT: Seorang remaja maut, manakala lima lagi cedera setelah kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok berhampiran surau di Kampung Jalan Baru, Simpang Lima, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, PBK I Zulmazi Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.16 malam dan 13 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bersama dua unit EMRS dan satu unit jentera FRT.

Beliau berkata, setibanya di lokasi pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa berusia 16 tahun bersama lima lagi individu itu telah terbabas dan melanggar pokok.

“Mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki. Seorang mangsa yang maut dikenali sebagai Putera Muhaimin Qudrat Mohd Noor Wandi, 16, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lima lagi mangsa, Puteri Nur Fairuza Balqis Mohd Noor Wandi, 15, Nor Azlan Shaharudin, 27; Putera Khairunas Mohd Noor Wandi, 11, Putera Aidin Firdaus Mohd Noor Wandi, 3, dan Rahmah A Rahim, 26, cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement