awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut motosikal bertembung lori simen

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/05/2025
02:15 MYT
Remaja maut motosikal bertembung lori simen
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori simen dalam satu kemalangan di Taman Sri Kapar, menghala Kuala Selangor, pada petang Selasa. - Gambar ihsan JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori simen dalam satu kemalangan di Taman Sri Kapar, menghala Kuala Selangor, pada petang Selasa.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.
Sehubungan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar telah menggerakkan sebuah jentera FRT bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda dan sebuah lori simen.
"Penunggang motosikal, Aidith Afzan Kipley Shahibul Kipley, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Ahmad Mukhlis berkata, pemandu lori, Jimin Salli, 44, dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.
JBPM menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan trafik bagi mengelakkan insiden seumpama ini.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#remaja 17 tahun maut
#lori simen
#Taman Sri Kapar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan